Utusan Borneo (Sabah)

China bebas 10 tentera India selepas perbalahan sempadan

-

NEW DELHI: China telah membebaska­n 10 askar India yang ditahan dalam perbalahan sempadan altitud tinggi di Himalaya yang menyebabka­n sekurang-kurangnya 20 anggota tentera India terkorban, menurut laporan media semalam.

Pembebasan itu ekoran beberapa pusingan rundingan antara kedua-dua pihak dalam usaha untuk mengurangk­an ketegangan selepas pertempura­n pada Isnin lepas, di mana beberapa anggota tentera dari keduadua pihak bertempur dengan menggunaka­n belantan yang berpaku dan melontar batu ke arah satu sama lain.

Sepuluh anggota tentera itu dibebaskan pada lewat kelmarin, lapor agensi berita Press Trust of India dan media lain.

Kerajaan India tidak memberikan komen namun pihak tentera mengeluark­an satu kenyataan menyebut: “Ia telah disahkan bahawa tidak ada anggota tentera India yang hilang,” selepas pertempura­n di kawasan Ladakh di Lembah Galwan.

Akhbar Hindu melaporkan perjanjian mengenai pembebasan itu dicapai semasa rundingan peringkat jeneral kanan antara tentera India dan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dari China.

India dan China telah saling mempersala­hkan satu sama lain bagi pertempura­n paling serius dalam tempoh lebih 50 tahun di sepanjang sempadan Himalaya yang direbutkan, di mana mereka berperang pada 1962.

Di tengah-tengah gesaan bagi memboikot barangan China, ribuan orang menghadiri upacara pengebumia­n kelmarin untuk lebih 20 askar India yang terkorban dalam pertempura­n. Bendera China dan poster Presiden China Xi Jinping telah dibakar di sekurang-kurangnya dua bandar.

Pihak tentera India menyatakan 18 askarnya masih menerima rawatan bagi kecederaan serius.

China mengakui bahawa ia mengalami kematian namun tidak menyatakan jumlahnya.

Kedua-dua pihak telah mengadakan siri rundingan politik dan ketenteraa­n dalam usaha untuk mengurangk­an ketegangan namun saling memberikan amaran kepada satu sama lain dalam kenyataan umum.

India “tidak patut memandang rendah ketegasan China untuk mengawal kedaulatan wilayahnya,” kata China selepas rundingan antara menteri luarnya Wang Yi dan rakan sejawatann­ya dari India Subrahmany­am Jaishankar.

Jaishankar sebaliknya menyatakan China telah melancarka­n serangan “dirancang terlebih dahulu” yang akan mempunyai “kesan serius” ke atas hubungan antara keduadua negara paling ramai penduduk di dunia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia