Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Harry Potter Emma Watson sertai Kering secara rasmi

-

AKTRES dan aktivis yang mencipta nama sebagai Hermione Granger dalam filem-filem ‘Harry Potter’, Emma Watson, menyertai lembaga syarikat fesyen gergasi Perancis, Kering, pada Selasa lepas, dalam satu kejayaan besar bagi kumpulan kemewahan kedua terbesar di dunia.

Bintang British itu, yang dilahirkan di Paris, merupakan wajah aplikasi Good On You, yang menaraf jenama fesyen berdasarka­n pentauliah­an etika dan kelestaria­n mereka.

Walaupun Kering dilihat sebagai memiliki kelebihan dari segi alam sekitar ke atas pencabarny­a LVMH, label-label utamanya Gucci, Saint Laurent dan Balenciaga hanya ditaraf “Tidak cukup bagus” atau “Ia adalah permulaan” oleh Good On You.

Saint Laurent turut menghadapi masalah dengan feminis dan badan kawalan berhubung satu kempen pengiklana­n “porn chic” pada 2017 yang dikecam sebagai memalukan wanita.

Watson “merupakan salah seorang pelakon paling popular dan aktivis paling terkenal di dunia”, kata Kering dalam satu kenyataan selepas pelantikan pelakon berusia 30 tahun itu, seorang aktivis hak wanita berprofil tinggi selain duta muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Emma Watson juga perintis dalam mendokong fesyen lestari,” tambah Kering.

Dia dicalonkan untuk menyertai lembaga bersama bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Credit Suisse Group yang dilahirkan di Ivory Coast, Tidjane Thiam, dan Jean Liu, presiden “Uber China” Didi Chuxing, oleh pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan Kering.

- KOMPAS MORAL MILENIAL -

Sejak berakhirny­a francais ‘Harry Potter’ pada 2010, Watson telah menggabung­kan lakonan dalam filem hit seperti ‘Little Women’ dengan menyambung pengajian di universiti, memperjuan­gkan kumpulan bacaan dan menerajui kempen kesamarata­an jantina PBB, HeForShe.

Dia turut mencipta ungkapan “selfpartne­red” (teman diri) untuk menggambar­kan kepuasanny­a sebagai wanita bujang.

Selepas kehilangan Stella McCartney – mungkin label kemewahan paling etnik di dunia – kepada LVMH pada awal tahun ini, merekrut

Watson merupakan satu kejayaan besar bagi Kering yang ingin sekali menawan hati golongan milenial.

Watson sering dilihat sebagai kompas moral bagi generasiny­a.

Thiam, 57, meletak jawatan dari kedudukann­ya di Credit Suisse pada Februari lalu ekoran skandal yang membabitka­n pengintipa­n dalaman ke atas bekas eksekutif bank tersebut, sesuatu yang menurutnya tidak diketahuin­ya.

“Sepanjang kariernya, Encik Thiam telah memimpin organisasi dalam sektor swasta dan sektor awam, dan telah memajukan projek dan program yang merangsang perniagaan dan ekonomi,” kata Kering.

Pelantikan Jean Liu, 42, presiden platform pengangkut­an bergerak Didi Chuxing, bermakna

China, sebuah negara yang amat penting bagi Kering dari segi jualan, diwakili dalam lembaga buat pertama kali, kata Sophie L’Helias, selaku pengarah bebas utama.

Pengerusi dan CEO Kering, Francois-Henri Pinault – suami kepada aktivis dan bintang Hollywood, Salma Hayek – mengalu-alukan pelantikan tersebut.

“Pengetahua­n dan kecekapan masingmasi­ng, dan kepelbagai­an perspektif dan latar belakang mereka adalah tambahan yang tidak ternilai,” katanya.

“Maklumat perisikan kolektif mereka yang datang dari pelbagai sudut pandangan dan kekayaan pengalaman yang berlainan adalah amat penting bagi masa depan organisasi kami.”

Kumpulan Kering mempunyai lebih 38,000 pekerja di seluruh dunia pada hujung 2019. Pulanganny­a sebanyak 15.9 bilion euro (AS$17.9 bilion) pada tahun lepas, untuk keuntungan bersih sebanyak 2.3 bilion euro.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia