Utusan Borneo (Sabah)

Melihat orang membanting tulang

-

SAYA teringat perjalanan saya dari Jakarta-Bandung beberapa tahun yang lalu. Saya sempat

melihat pemandanga­n yang sangat mengasyikk­an. Orang-orang membanting tulang di atas tanah

sawah disirami matahari pagi, sesungguhn­ya satu pemandanga­n yang jarang kelihatan.

Petani, ada yang sedang menanam, ada yang sedang menuainya, ada yang memotong, ada yang menghempas­nya, semuanya masih dengan kaedah tradisi, selalu membuat kita terpegun melihat kegigihan, juga kegagahan mereka dalam perjuangan untuk mencari satu kehidupan.Tanpa penanam padi itu, satu negara tidak boleh makan.

Tapi bukankah seperti kata Multatuli, padi sering memberi makan orang yang tidak menanamnya?.

Tidak banyak jentera moden yang digunakan oleh petani, misalnya di Karawang, meskipun wilayah itu

adalah antara pengeluar padi terbaik di Jawa.

Juga sepanjang jalan di atas perbukitan, kita melihat sawah padi yang bertingkat kerana bentuk muka buminya yang sedemikian rupa sehingga memandangn­ya pun satu rahmat yang tak terlupakan.

Betapa indahnya lanskap alam, perbukitan, sungai, selokan tapi lebih indah lagi jika kita melihat petani tua, padi dan sawah yang mereka kerjakan, kecipak air lumpur, tangkai jerami dan merasakan keluhkesah mereka. Betapa indahnya kehidupan yang mereka lalui, juga betapa sukarnya menjadi petani yang terpaksa memerah keringat dan tulang empat keratnya semata-mata untuk memastikan agar keperluan makanan mencukupi.

Melihat keindahan seperti ini selalu membuat saya terharu. Melihat petani bersama sama

mengusahak­an tanah sawah mereka, masih dengan cara lama, membuat saya terkenang masa kecil di kampung, mengingatk­an saya bau tanah, padi, dan keriuhan ketika bergotong royong mengetam padi, atau memotongny­a, menghempas­nya ke ampasa’ (dalam bahasa Iranun) untuk memisahkan padi dari bulirnya, biasanya pada waktu petang atau malam. Perbuatan ini dinamakan ngampas dalam bahasa Bajau Sama dan pangampas dalam bahasa Iranun.

Jika menggunaka­n keketes, ketesa atau gagani (dalam bahasa Iranun) atau linggaman (dalam bahasa

Bajau), tangkai padi itu akan disimpan dalam karung guni dan dikumpulka­n dalam bariut atau bakul

dalam bahasa Melayu kemudian dibawa pulang untuk dikumpulka­n dalam ritip atau tempat

menyimpan padi dalam bahasa Iranun. Ritip hampir sama maksudnya dengan tangkob dalam bahasa

Dusun.

Tidak berapa lama kemudian, padi itu akan dipijak-pijak untuk memisahkan biji padi dari

tangkainya. Semua ini dilakukan secara berderau atau dalam bahasa Bajaunya seliu-liu atau saliuwa’

dalam bahasa Iranun atau mungkin maknanya sama dengan mitatabang dalam bahasa Dusun.

Kaedah tradisiona­l bergotong royong ini menjadi amalan nenek moyang kita. Jika ada petani yang

menuai padi, penduduk satu kampung itu akan keluar beramai-ramai untuk saling membantu.

Seseorang petani akan memberitah­u tuan punya sawah, berapa banyak yang telah dituainya, misalnya berapa guni, supaya jika tiba gilirannya nanti, jumlah yang sama yang akan dibayar oleh rakannya itu.

Cara membayarny­a mudah sahaja iaitu mengerjaka­n jumlah yang sama jika tiba giliran si petani tadi

menuai padinya.Prinsip kesalingan ini menjadi tonggak kekuatan warga desa. Saling bekerjasam­a,

saling bantu, saling berkongsi suka duka, seliuliu dalam hampir semua perkara menjadikan

masyarakat kampung kukuh dan tidak mudah diruntuhka­n.

Tetapi seiring dengan kemajuan dan kemodenan, petani kini tidak lagi menggunaka­n kerbau untuk membajak sawah. Kini mereka menggunaka­n traktor. Petani tidak lagi menanam padi tetapi hanya menabur beni padi untuk tumbuh sendiri.

Petani tidak lagi menuai padi dengan cara tradisi, seliu-liu sebaliknya kini sudah menggunaka­n jentera penuai padi atau jentuai. Padi yang dituai itu pula tidak lagi masuk ke dalam ritip rumah masingmasi­ng sebaliknya terus ke kilang untuk kemudianny­a dikisar menjadi beras. Perlahan-lahan kebiasaan lama hilang. Tradisi yang membuat masyarakat­nya bersatupad­u itu pupus dan lenyap. Kemudian muncul idiom-idiom baru di tengah masyarakat. Semangat bergotong royong itu lama kelamaan hilang bersama derasnya waktu mengalir menghanyut­kan segala nilai-nilai yang sudah mengakar dalam

tatanan masyarakat kampung.

Pada akhirnya orang menanam padi tidak lebih daripada sebuah perlakuan yang mengutamak­an aspek komersil. Segala sesuatunya disandarka­n semata-mata kepada berapa jumlah tan padi yang boleh dihasilkan dalam satu hektar tanah. Makin banyak hasil sawah maka makin makmurlah kehidupan yang dijalani oleh petani.

Siapa yang rajin menanam, dialah yang banyak memetik hasilnya. Saya fikir inilah antara nilai-nilai yang menghilang dalam masyarakat kita.

Semangat seliu-liu (Bajau), Saliuwa (Iranun) atau Mitatabang (Dusun) itu kini semakin hari semakin

mengecil baranya. Sehinggaka­n setiap kali pemimpin kita yang mulia itu berucap atau naik ke podium

atau mimbar, maka yang diserukan oleh mereka ialah supaya masyarakat kita mengembali­kan semangat saling bekerjasam­a, saling bergotong-royong kerana ia menjadi sumber kekuatan sesebuah masyarakat.

Jika dahulu, masyarakat kita tidak perlu digesa atau diseru untuk bergotong royong kerana mereka secara automatik akan bersama-sama mengerjaka­n sesuatu pekerjaan`berat sama dipikul ringan sama dijunjung’ itu. Melihat keindahan sawah padi itu menimbulka­n rasa rawan dalam hati.

Terasa ada sesuatu yang hilang dan mungkin tak lagi kembali. Menghayati pemandanga­n yang boleh

membuat perasaan terbuai dalam kesyahduan yang dalam itu, saya terfikir betapa banyak yang

hilang dalam kehidupan kita. Betapa banyak nilainilai yang beransur pupus dalam masyarakat kita.

Betapa banyak kosa kata dalam bahasa ibunda kita yang lenyap kerana tidak digunakan lagi. Malah

pada waktu ini pun makin sukar kita menemukan istilah atau kosakata jika kita mahu menggambar­kan

mengenai proses menanam padi hingga selesai.

Betapa banyak yang hilang. Dalam keindahan pemandanga­n sawah padi yang mengasyikk­an itu, saya melihat bagaimana petani bertungkus lumus keluar dari kemiskinan mereka. Tetapi mana yang lebih miskin antara kita dengan mereka?

Mana yang lebih bahagia antara kita atau mereka? Mana yang lebih sejahtera, memiliki hidup yang

sederhana, tidak perlu memikirkan carut marut kehidupan di dunia, kita atau mereka, para petani yang bersahaja itu. Di sepanjang jalan melihat bendang, orangorang yang membanting tulang, pemandanga­n demi pemandanga­n, kenangan-kenangan yang silih berganti di celah-celah keindahan yang hilang, muncul lalu hilang lagi,di sepanjang perjalanan Jakarta-Bandung itu itu menjadikan perasaan saya bercampur baur. Begitu banyak rasa kehilangan dalam keindahan, demikian yang saya simpulkan sebelum kami tiba di stesen yang berikutnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia