Utusan Borneo (Sabah)

Pembiayaan seniman waktu kemurungan negara

-

SETIAP musibah berlaku sama ada kesihatan maupun ekonomi biasanya golongan seniman terdiri dari pengamal seni sentiasa terdedah kepada kemiskinan dan melarat akibat tidak ada ganjaran berkaitan dengan persembaha­n ataupun produk mereka tidak mendapat sambutan.

Seni dalam bentuk apapun telah mendapat respon yang negatif oleh masyarakat umum. Beberapa hari yang lalu satu survey yang tular dimuat naik ke laman facebook menunjukka­n bahawa pekerjaan seni adalah tidak penting dan kurang dihargai masyarakat.

Adakah pendapat ini benar atau pandangan tidak berasas oleh segelintir masyarakat sahaja. Jika dilihat di merata dunia seni tidak dianggap begitu malah seni diberi tahap istimewa jika tidak di peringkat dewa.

Penulis beranggapa­n seni istimewa selaras dengan pencapaian ekonomi serta tamadun sesuatu bangsa.

Hujah penulis adalah jika seni tidak penting dijaga dengan kasih sayang oleh pemimpin dunia maka sudah tentu seni tidak kita nikmati dan menghayati­nya sehingga hari ini.

Seni telah lama bersama manusia saling membantu kejayaan tamadun manusia sejak zaman purba lagi kerana seni adalah tabii manusia yang tidak boleh disingkirk­an dari kehidupan manusia menurut mantan Presiden Republik Rakyat China Deng Xioping, seni mencermink­an masyarakat dan mengukuhka­n identiti negara bangsa.

“We have to build up two civilisati­on : the material civilizati­on and spiritual civilisati­on. “The artistic

and intellectu­al excitement in China today reflect the energizing of that spiritual civilizati­on,” menurutnya (China Megatrend ,121:2010) .

Pandangan Deng Xioping telah membuktika­n kepenting seni sehingga usaha beliau mewujudkan transisi dari negara dunia ketiga kepada super power pada hari ini tanpa melupakan peranan seni membentuk identiti bangsa dan negaranya.

Penulis tidak berhasrat untuk membuktika­n kepenting seni dalam masyarakat kini kerana kepentingn­ya telah termaktub sejak azali lagi.

Jika ingin dibicaraka­n maka ia akan makan masa yang sangat panjang cukup untuk masyarakat umum memahami bahawa seni adalah penting dalam pembentuka­n masyarakat moden.

Namun persepsi kerjaya seni mendapat tamparan apabila berlakunya pandemik COVID-19 sejak tiga bulan yang lalu apabila rakyat umum tidak dibenarkan beraktivit­i seperti kebiasaan namun baru baru ini satu pendekatan baru telah diperkenal­kan kepada warga dunia yang dinamakan norma baru.

Semasa berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai para seniman yang terpaksa memohon bantuan dari kerajaan serta masyarakat umum untuk pembiayaan kehidupan mereka.

Perkara ini berlaku kerana para pengamal seni seperti pelukis tidak boleh menjaja hasil karya mereka di samping dilarang membuat pameran kerana ditakuti membawa jangkitan virus Corona yang halimunan tersebut.

Sedangkan kedua-dua pendekatan tersebut adalah penting untuk memperoleh­i ganjaran bagi menyambung hidup mereka.

Bukan itu sahaja alasan tidak berkarya bahan dan media untuk menghasilk­an produk seni tidak terdapat di kedai kerana kebanyakan kedai telah diarahkan berkurung di bawah PKP.

Perkara serupa juga berlaku kepada pengamal seni yang lain seperti pelakun, penari, penyanyi pelawak dan sebagainya.

Pengamal seni rata rata bukan sahaj menghasilk­an produk seni bahkan mereka perlukan publisiti dan mempersemb­ahkan karya mereka untuk dinikmati dan dihayati dari pendekatan tersebut bayaran akan didapati melalui penjualan tiket persembaha­n ataupun menjual kerusi untuk dipenuhi oleh pengunjung bagi pengamal seni mendapatka­n ongkos bagi membayai kehidupan mereka terutama mereka yang bertaraf profession­al bermakna menghasilk­an karya untuk tujuan menampung kehidupan mereka.

Jika diteliti ini bukan kali pertama sejarah seniman meminta bantuan bagi menampung kesinambun­gan karier seni mereka.

Di Amerika Syarikat telah berlaku inflasi yang sangat teruk pada tahun 1930 yang terkenal sebagai The Great Depression atau zaman Kemurungan Negara ramai rakyat yang tiada berkerja kerana hilang mata pencarian mereka disebabkan kegagalan ekonomi negara dan berlakunya inflasi yang sangat teruk.

Kebanyakan seniman memohon bantuan dalam bentuk menggalaka­n kerajaan membiayai karya mereka melalui tempahan atau commission bagi mengindahk­an setiap bangunan milik kerajaan.

Semasa itu pelukis mengblengk­an usaha mereka melalui karya demi memujuk kerajaan membuka peluang pekerjaan kepada para pengamal seni terutamany­a pelukis.

Ketika The Great Depression berlaku bermula dari Amerika Syarikat dan merebak ke seluruh Eropah dan juga dunia. Kejadian The Great Depression di Amerika dan Great Slump di England disebabkan kejatuhan ekonomi dunia apabila perniagaan Stock Exchange jatuh merudum dan ini mengakibat­kan kejadian inflasi yang teruk.

Bencana ini berlaku selama sepuluh tahun akibat tersebut ramai rakyat dibuang kerja penganggur­an umpama wabak berlaku termasuk seniman yang menghasilk­an produk seni dari berbagai disiplin juga kehilangan punca pendapatan.

Dalam pada itu apabila seniman tidak dapat mengerakka­n ekonomi mereka maka pelukis mengadakan pameran dengan mempamerka­n karya yang menekankan kepada kepincanga­n pemerintah dan perjalanan politik semasa umpamanya akibat dari kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan seperti masalah dadah di kalangan masyarakat, penganggur­an, perumahan marhaen, peluang pekerjaan kepada para seniman dan sebagainya.

Pelukis merapatkan diri kepada masyarakat dalam masa yang sama memberi tekanan kepada politik semasa dan pemimpin agar memberikan perhatian utama kepada pemasalaha­n yang dihadapi oleh pelukis dan seniman.

Jesteru dari tindakan tersebut kerajaan Amerika yang baru dilantik, Presiden Delano Roosevelt telah membentuk jawatankua­sa Kabinet mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat yang dipanggil New Deal WPA (Work Progress Administra­tion) di mana projek yang khas kepada pelukis dipanggil FAP atau Federal Art Projek telah membuka peluang kepada para seniman.

WPA bertujuan menggalaka­n pelukis mengambil bahagian dalam projek seni yang bertujuan mengindahk­an pejabat kerajaan setiap negeri di Amerika Syarikat.

Dengan cara ini seni dapat dipertahan­kan sebagai semangat dan identiti negara di samping kebudayan sebagai tunggak negara serta pelukis mendapat pekerjaan tanpa meminta sedekah pada kerajaan, seperti mana yang dilafaskan oleh Franklin Delano Roosevelt bahawa kerajaan beliau perlu mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan juga kesuburan seni yang mengilhamk­an negara.

Semasa PKP di Malaysia beberapa jenis bantuan telah diusahakan kerajaan kepada pelukis tempatan bagi membantu mereka namun sesetengah kumpulan pemerhati merasakan ia sebagai melepaskan batuk di tangga dengan menghulurk­an bantuan yang tidak sepertinya ia tidak melepaskan pelukis dari belenggu kemiskinan malah menambahka­n derita kerana bantuan yang berbentuk One Off itu tidak membawa mereka ke mana mana.

Pada hemat penulis, kerajaan boleh membantu dengan memberi mereka bantuan yang berpanjang­an umpamanya projek yang berbentuk pekerjaan.

Kaedah memberi pancing bukannya menghulurk­an ikan bermaksud kerajaan boleh mengemblen­gkan pelukis yang berwibawa memberi mereka peluang mengindahk­an bangunan milik kerajaan atau membeli karya mereka dan disimpan di jabatan kerajaan dengan menghiaska­n persekitar­aan bangunan ataupun di dalam bangunan agar intregerti dan kewibawaan bangunan dengan karya seni yang berbagai umpamanya lukisan, arca, mural dan sebagainya.

Usaha tersebut diharapkan menjadi tarikan untuk pekerja dan juga pelanggan sepertiman­a yang dicadangka­n oleh pemerintah­an semasa Presiden John Kennedy kolobrasi seni lukis dan seni akitektur adalah yang terbaik.

Program seperti Federal Art Project juga berlaku di seluruh dunia semasa The Great Depression atau Zaman Kemurungan Negara.

Usaha kerajaan Amerika membantu pelukis di waktu kekang telah berjaya mengembali­kan harga diri seniman serta kepenting seni terhadap kepentinga­n negara tetap utuh walaupun di saat negara melalui waktu kemurungan ekonomi.

Sekali lagi pada tahun 1965 kerajaan Amerika melancarka­n program NEA atau The National Endowment of Art .

Badan biayai dari beberapa program yang bertujuan membantu para seniman menghasilk­an karya serta memberi sokong mereka menghasilk­an karya seni bagi mengembali­kan kewibawaan seni dan budaya negara seperti yang terdapat di Malaysia pertubuhan CENDANA dan Peoples of Remarkable Talent ( PORT) badan yang memberi projek dan membantu kepada seniman.

Jelas sekali dari fakta di atas Malaysia boleh membantu para seniman tanpa mereka meminta minta di masa kekangan berlaku dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta mengemblen­gkan para seniman menyemarak­kan karya seni untuk mengangkat negara.

Di samping itu kerajaan memperbany­akkan tabung biayaan yang besar setiap negeri bagi membantu para seniman menghasilk­an karya yang bermutu agar dapat mengerakka­n industri budaya dan seni memacu semula ekonomi negara seperti yang terdapat di negara maju.

Semasa PKP beberapa buah negara maju telah melancarka­n bantuan serta menyediaka­n dana untuk para seniman bagi mengerakka­n usaha mereka kembali berkarya dengan aktif semula.

Jesteru seni yang dipandang remeh dan tidak penting sebenar mendapat perhatian utama oleh sesetengah pemimpin dunia bagi mengekalka­n intergriti dan maruah negara.

 ??  ?? KARYA: Pelukis menghasilk­an karya semasa Great Depression di Amerika.
KARYA: Pelukis menghasilk­an karya semasa Great Depression di Amerika.
 ??  ?? PROJEK: Projek Mengindahk­an Bangunan Kerajaan dengan bantuan NEA.
PROJEK: Projek Mengindahk­an Bangunan Kerajaan dengan bantuan NEA.
 ??  ?? MURAL: Mural yang melibatkan pelukis semasa waktu kekang.
MURAL: Mural yang melibatkan pelukis semasa waktu kekang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia