Utusan Borneo (Sabah)

CYDES 2020 ditangguh sehingga suku kedua 2021

-

KUALA LUMPUR: Pameran dan Persidanga­n Pertahanan dan Keselamata­n Siber (CYDES) yang dijadualka­n berlangsun­g dari 23 hingga 27 Jun, ditangguh sehingga suku kedua 2021.

Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang kini dikuatkuas­akan untuk memulakan semula dan memacu pertumbuha­n ekonomi Malaysia, acara itu ditangguh berikutan larangan perjalanan antarabang­sa dan mengadakan acara bagi mengelak sebarang perhimpuna­n besar-besaran masih dikekalkan.

Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini memaklumka­n, pihaknya akan memantau situasi dari semasa ke semasa untuk memaklumka­n perkembang­an kepada semua pihak terlibat kerana keselamata­n orang ramai tetap menjadi keutamaan.

“Kerajaan komited untuk meningkatk­an perlindung­an keselamata­n siber. Kami memberi jaminan bahawa CYDES, acara nasional yang julung kali diadakan, tetap menjadi acara penting untuk kerajaan bergerak ke hadapan,” menurut kenyataan itu.

Dalam menerapkan kebiasaan baharu dalam bekerja dan libat urus secara maya, kenyataan itu menyebut Agensi Keselamata­n Siber Negara (NACSA) dan Alpine akan bekerjasam­a untuk melancarka­n siri acara maya menjelang berlangsun­gnya CYDES tahun hadapan.

“Ini akan menjadi tahun yang sibuk di sebalik cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, bagaimanap­un bersama-sama rakan acara kami Alpine Integrated Solution Sdn Bhd dan sokongan berterusan daripada semua pihak berkepenti­ngan dan industri, kami yakin akan terus maju dalam misi menjamin keselamata­n ruang siber dan membina negara berdaya tahan terhadap siber,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia