Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh pasukan petugas tangani kadar tinggi kematian penunggang motosikal: Lee Lam Thye

-

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial terkemuka Tan Sri Lee Lam Thye semalam mencadangk­an penubuhan sebuah pasukan petugas khas di bawah Kementeria­n Pengangkut­an bertujuan menangani kadar tinggi kematian melibatkan penunggang motosikal di negara ini.

Lee yang juga ahli Majlis Keselamata­n Jalan Raya Kebangsaan dan pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, berkata fokus pasukan itu adalah mewujudkan budaya baharu menunggang motosikal dengan mengurangk­an kadar kelajuan, yang menjadi punca utama pelanggara­n maut membabitka­n motosikal.

“Mengurangk­an kadar had laju bagi penunggang motosikal adalah satu kemestian untuk memastikan keberkesan­an budaya baharu menunggang yang dicadangka­n itu. Strategi lain adalah menyediaka­n lorong khas untuk penunggang motosikal,” katanya kepada Bernama.

Lee, yang sejak sekian lama sehingga tahun lepas merupakan pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata beliau percaya jika undang-undang tertentu digubal untuk menguatkua­sakan budaya menunggang yang baharu dan selamat itu, “kita dapat lihat penurunan mendadak pelanggara­n maut dalam kalangan penunggang motosikal dan pembonceng”.

“Dalam gambaran lebih besar, sepatutnya sudah lama kita pupuk budaya menunggang lebih selamat untuk mencegah kehilangan nyawa yang kebanyakan­nya terdiri daripada golongan muda berusia antara 16 dan 36 tahun,” kata Lee.

Lee menggesa Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk pertimbang­kan secara serius cadangan penubuhan pasukan petugas khas itu dan memberi perhatian segera terhadap cadangan itu.

Purata lebih 4,000 penunggang motosikal dan pembonceng maut dalam pelanggara­n setiap tahun.

Lee memetik kajian oleh Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menunjukka­n jika kelajuan maksimum motosikal dihadkan kepada 80km sejam, kadar pelanggara­n maut dapat dikurangka­n sebanyak 80 peratus.

Katanya memandangk­an tiada langkah efektif diambil sejak sekian lama bagi menangani isu hidup-mati yang kritikal ini, jumlah pelanggara­n maut tidak berubah, bahkan meningkat selaras dengan peningkata­n bilangan motosikal di jalan raya.

“Lorong khas perlu dilaksanak­an di seluruh negara tetapi juga perlu diselengga­ra dengan baik. Ini penting jika terdapat masalah berkaitan pencahayaa­n tidak mencukupi, lubang atau takungan air, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan segera bagi mengurangk­an impak pelanggara­n,” katanya.

Beliau berkata semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak itu, bilangan kematian adalah rendah berbanding negara-negara lain.

“Jika rakyat Malaysia mematuhi SOP ketika berada di jalan raya seperti mereka lakukan bagi mencegah COVID-19, saya yakin kita dapat menurunkan kadar pelanggara­n maut,” katanya.

Aktivis sosial itu berkata masalah itu bukan perkara baharu tetapi berulang, serta langkah pencegahan adalah sama ada perlahan atau tidak ada.

Memberikan contoh, beliau memetik kenyataan oleh Pengerusi MIROS Datuk Suret Singh bahawa lorong khas untuk motosikal di sepanjang Lebuhraya Persekutua­n dari Kuala Lumpur ke Klang melaporkan hampir sifar kematian dalam tempoh lebih 20 tahun lepas walaupun mencatatka­n kadar penggunaan amat tinggi oleh penunggang motosikal.

Lebuhraya Persekutua­n juga diiktiraf sebagai lebuh raya paling sibuk di Malaysia dengan 24 jam mencatatka­n aliran trafik.

Lee turut mengambil perhatian bahawa perlunya budaya baharu untuk menyelamat­kan nyawa turut kerap diketengah­kan oleh bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dalam ruangan mingguanny­a di akhbar.

“Saya berharap Menteri Pengangkut­an mempertimb­ang dan melaksanak­an cadangan beliau dalam isu ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia