Utusan Borneo (Sabah)

Guru mengaku tidak bersalah lakukan kelucahan melampau

-

KUCHING: Seorang guru lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun dengan meraba, mencium dan memeluknya.

Lelaki berusia 45 tahun itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Tertuduh berhadapan tiga pertuduhan dibawa h Seksyen 14( a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Mengikut tiga pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk, meraba dan mencium tubuh badan, mulut dan dahi, serta menghisap kemaluan mangsa.

Tertuduh juga didakwa mengarahka­n mangsa untuk menghisap kemaluanny­a dan untuk perbuatan itu, satu lagi pertuduhan dibuat terhadap tertuduh mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, tertuduh turut dituduh merangsang mangsa untuk melakukan kelucahan melampau dengannya, dengan cara mengarahka­n mangsa untuk memasukkan kemaluanny­a ke dalam punggung tertuduh.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa dilakukann­ya antara April hingga Ogos 2019, di bilik stor dan tandas lelaki di sebuah sekolah di Petra Jaya.

Sebaik pengakuan tertuduh direkodkan, Taufik kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin dengan jaminan mahkamah berjumlah RM10,000 dan jaminan tunai berjumlah RM3,000 dengan dua orang penjamin.

“Mahkamah menetapkan 6 Julai depan untuk pengurusan kes.

“Sebagai tambahan, tertuduh tidak dibenarkan menghubung­i atau mendekati mangsa dan keluarga mangsa atau saksi pendakwaan sama ada secara peribadi atau melalui ejen. Tertuduh juga diarahkan untuk melapor diri ke Balai Polis berdekatan,” ujar Taufik semasa prosiding.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, manakala tertuduh diwakili peguam, Simon Siah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia