Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan Juve di puncak liga terancam

-

MILAN: Keunggulan Juventus dalam Serie A berdepan dengan ujian getir selepas juara itu mendahului dengan hanya satu mata sahaja di depan Lazio apabila liga Itali beraksi semula pada hujung minggu ini selepas ditangguhk­an selama tiga bulan.

Namun situasi sudah bertambah baik dengan pelaksanaa­n protokol kesihatan yan tegas dan semua perlawanan berlangsun­g dalam stadium kosong.

Empat perlawanan yang ditunda akan berlangsun­g terlebih dahulu pada hujung minggu ini melibatkan pasukan-pasukan yang berada di tempat tumpuan utama wabak COVID-19.

Atalanta menerima kunjungan Sassuolo di Bergamo esok (Ahad), manakala Inter Milan bermain di tempat sendiri menentang Sampdoria.

Pada malam ini (Sabtu),

Torino melayan kunjungan Parma manakala Cagliari bertandang ke Hellas Verona.

Pada minggu depan, semua pasukan ada baki 12 perlawanan lagi dengan Juventus di Bologna pada Isnin, manakala Lazio bertandang ke Atalanta pada Rabu.

Juventus bimbingan Maurizio Sarri tewas dalam perlawanan akhir Piala Itali kepada Napoli dalam penentuan tendangan penalti pada pertengaha­n minggu ini, selepas turut tewas kepada Lazio dalam Piala Super Itali pada Disember lalu.

“Ronaldo, (Paulo) Dybala dan pemain solo kita yang hebat kekurangan kehebatan itu sedikit, tetapi saya menganggap­nya sebagai agak biasa dalam tempoh ini,” kata Sarri.

“Saya tidak menyebut apa-apa kepada pemain, semua kami sangat marah dan kecewa dan saya rasa ia adalah lebih baik untuk berdiam diri buat masa sekarang.”

Masalah Sarri diburukkan lagi dengan kecederaan ligamen lutut yang dialami pemain pertahanan Brazil, Alex Sandro, ketika menentang Napoli, dan Sami Khedira mengalami masalah tendon yang berpotensi serius.

Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain, dan kapten Giorgio Chiellini juga belum cergas sepenuhnya.

Juventus pasti akan bergantung kepada penjaring terbanyak mereka untuk bangkit selepas mengalami dua kekalahan dalam perlawanan akhir buat pertama kalim dalam kariernya, dan gagal menyempurn­akan tendangan penalti dalam perlawanan separuh akhir Piala Itali.

Pemain Lazio, Ciro Immobile, menjaringk­an 27 gol pada musim ini, enam jaringan lebih banyak berbanding Ronaldo, ketika pasukan Rom yang bermain cemerlang itu menyasari Scudetto ketiga mereka dan pertama dalam tempoh dua dekad.

Pasukan Simone Inzaghi sudah dua kali menewaskan Juventus pada musim ini, dalam perlawanan akhir Piala Super Itali dan 3-1 di Stadio Olimpico di Rom.

Dua pasukan teratas itu akan bertemu di Turin pada 20 Julai.

Inter Milan menduduki tempat ketiga, sembilan mata di belakang Juventus. Inter tewas kepada Lazio (2-1) dan Juventus (2-0) sejurus sebelum penggantun­gan musim.

Atalanta menduduki tempat kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara, tiga mata di depan Roma, manakala Napoli di tempat keenam, enam mata lagi di belakang.

 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Pasukan Napoli meraikan kejayaan mereka memenangi kejohanan Piala Itali selepas menewaskan Juventus melalui penentuan tendangan penalti di Stadium Rome.
— Gambar AFP CEMERLANG: Pasukan Napoli meraikan kejayaan mereka memenangi kejohanan Piala Itali selepas menewaskan Juventus melalui penentuan tendangan penalti di Stadium Rome.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia