Utusan Borneo (Sabah)

Waris Nurul Maslan terima faedah PERKESO

Pernah jadi pencarum ketika bekerja sebagai pemandu bas

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Waris Nurul Maslan Sabran,34, yang ditemui lemas dan terapung di perairan sempadan MalaysiaIn­donesia pada 8 Jun lalu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), di sini kelmarin.

Nurul Maslan pernah menjadi pencarum PERKESO ketika bekerja sebagai pemandu bas dengan beberapa syarikat pengangkut­an sebelum berhenti dan memulakan perniagaan sendiri.

Ketua Pejabat PERKESO Tawau, Joseph Immanuel berkata memang menjadi kelaziman Skuad PERKESO Prihatin segera mengambil langkah proaktif membuat semakan caruman setiap pelanggann­ya sekiranya terdapat ada tuntutan.

“Setelah diperiksa, kami mendapati waris Nurul Maslan layak menerima faedah PERKESO iaitu faedah pengurusan mayat (FPM) berjumlah RM2,000, selain pencen penakat yang akan diuruskan kemudian.

“Pencen penakat merupakan satu faedah dalam Skim Keilatan di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsuran­s PERKESO meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, antara syarat pencen penakat termasukla­h meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun serta memenuhi syarat kelayakan caruman,” katanya ketika menyampaik­an bayaran di kediaman waris di Taman Apas Permai, Batu 15 di sini.

Terdahulu, Nurul Maslan meninggalk­an seorang balu Ummi Kalsum Abd Aziz, 32, serta tiga anak iaitu Nur Izza Maisah,7, Nurwanie Ramadhanie, 5, dan Nur Alisyah Nadira,2.

PERKESO juga turut memberi bantuan pendidikan kepada semua anak Allahyarha­m sehingga berusia 18 tahun.

Untuk rekod Nurul Maslan, dilaporkan hilang pada 5 Jun sebelum mayatnya ditemui terapung di Batuan Unarang dalam keadaan berpakaian lengkap empat hari kemudian.

 ??  ?? BANTUAN: Joseph menyampaik­an wang faedah kepada isteri Nurul Maslan.
BANTUAN: Joseph menyampaik­an wang faedah kepada isteri Nurul Maslan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia