Utusan Borneo (Sabah)

PEMANDU LELAKI MAUT

Kereta dipandu laju terbabas sebelum terjunam ke dalam laut

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lelaki maut kerana lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam laut akibat gagal dikawal berhampira­n Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) Jalan Tun Fuad Stephen Tanjung Lipat di sini.

Mangsa, Alan Ng Kay Lun, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas semasa menerima rawatan di Hospital Queen

Elizabeth 2.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abdul Rakman berkata kejadian jam 1.25 pagi semalam membabitka­n dua kereta sedan yang dinaiki mangsa dan sebuah lagi dinaiki tiga individu dipandu lelaki berumur 23 tahun.

“Kejadian awal berlaku apabila kereta sedan jenama tempatan yang juga perkhidmat­an e-hailing membawa dua penumpang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Telipok.

“Semasa berada berhampira­n lampu isyarat di Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD), pemandu kenderaan yang berada di lorong kiri terbabit melihat kenderaan dinaiki mangsa dari arah belakang dipandu laju bersama sebuah lagi kenderaan di lorong kanan seakan-akan sedang berlumba,” katanya.

Beliau berkata bagi mengelakka­n dilanggar kenderaan mangsa, pemandu terbabit segera membelok ke tepi sebelah kiri bahu jalan bagaimanap­un jarak kereta mangsa yang sudah terlalu dekat ketika itu menyebabka­n bahagian kanan keretanya dilanggar dari belakang.

“Impak pelanggara­n menyebabka­n kereta itu tersorong ke hadapan bahu jalan manakala kereta mangsa terbabas memasuki kawasan lapang sebelum melanggar pokok kelapa.

“Kereta mangsa kemudianny­a terjunam ke dalam laut manakala pemandu kenderaan e-hailing dan penumpangn­ya tidak mengalami kecederaan,” katanya.

George berkata mangsa dipercayai lemas sebelum dibawa keluar oleh pihak bomba lalu dihantar ke HQE2 untuk tindakan lanjut.

“Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.22 pagi oleh Pegawai Perubatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? ROSAK: Kenderaan e-hailing mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh kereta mangsa dari belakang.
ROSAK: Kenderaan e-hailing mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh kereta mangsa dari belakang.
 ??  ?? TERJUNAM: Kenderaan mangsa semasa terjunam ke dalam laut selepas terbabas.
TERJUNAM: Kenderaan mangsa semasa terjunam ke dalam laut selepas terbabas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia