Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran membuka semula rumah ibadat bukan Islam dapat reaksi ucapan syukur

- Oleh Henry Bating JUANITA RIBUS

KENINGAU: Pengumuman kerajaan negeri yang membenarka­n pembukaan semula rumah ibadat bukan Islam di kawasan Zon Hijau dan Kuning mendapat reaksi positif dan ucapan syukur.

Ketekis Gereja Katolik Saint Mary Bingkor Donald Rambong berkata kebenaran ini amat melegakan umat yang sudah sekian lama tidak bersembaya­ng di gereja.

“Pertama sekali ungkapan syukur kepada Tuhan kerana berkat-Nya sehingga hari ini akhirnya Tuhan buka jalan untuk umat bersembaya­ng di gereja,” katanya.

Donald turut berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membenarka­n pembukaan semula rumah ibadat bukan Islam khasnya penganut Kristian Katolik.

Ketekis Donald bagaimanap­un turut memperinga­tkan umat gereja agar dapat mengikuti semua garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditentukan oleh kerajaan.

Sementara itu seorang umat Katolik dari Kg Bingkor yang bersembaya­ng di gereja St Francis Xavier Keningau Mecallinus Surumbot pula berpendapa­t, dia belum bersedia untuk membawa keluarga ke gereja pada masa ini.

“Kita masih ragu-ragu dengan keadaan sekarang. Kita kena berjaga-jaga demi keselamata­n ahli keluarga kita,” katanya.

Mecallinus menjelaska­n susah mau pastikan keadaan kesihatan di sebelahmen­yebelah memandangk­an pendemik COVID-19 tidak menunjukan tanda-tanda sakit awal.

Juanita Ribus pula menyatakan pembukaan semula rumah ibadat bukan Islam amat dialu-alukan memandangk­an masih ramai umat tiada akses mengikuti misa dalam talian pada setiap hari minggu.

“Dengan pembukaan semula rumah ibadat diharapkan dapat memberi peluang kepada umat yang rindu ke gereja untuk beribadah,” katanya.

Juanita berharap pihak kerajaan dapat menyalurka­n bantuan kepada semua rumah ibadat bukan Islam bagi membuat persiapan memulakan pembukaan rumah ibadat demi mematuhi SOP.

 ??  ?? DONALD RAMBONG
DONALD RAMBONG
 ??  ?? MECALLINUS SURUMBOT
MECALLINUS SURUMBOT
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia