Utusan Borneo (Sabah)

27 warden dilantik wakili Kg Berhala Darat dan Kg Melayu Bumiputera

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Pelantikan warden yang mewakili setiap jambatan di Kampung Berhala Darat dan Kampung Melayu Bumiputera menjadi titik permulaan ke arah menjadikan perkampung­an itu sebagai kawasan yang aman, damai dan bersih.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, warden yang dilantik adalah seperti mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan segala kegiatan jenayah dan penyalahgu­naan dadah bagi mengurangk­an kadar jenayah sekaligus membasmi aktiviti berkaitan dadah di kampung itu.

Oleh itu, beliau berharap mereka yang dilantik dapat menjalanka­n tugas dengan sempurna bagi mencapai objektif iaitu memastikan keselesaan dan keselamata­n penduduk Kampung Sim-Sim serta memupuk kesedaran dan cinta terhadap kemakmuran kampung.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Watikah Lantikan Kepada Warden Jambatan Bagi Kampung Berhala Darat Dan Kampung Melayu Bumiputera di Gelanggang Futsal Sim Sim di sini semalam.

Mengulas lanjut, Frankie berkata pelantikan warden itu akan diperluask­an melibatkan Rumah Murah Sim-Sim yang mempunyai lapan lorong iaitu Lorong A hingga Lorong H.

Pihaknya juga merancang untuk mengadakan pelbagai bentuk pertanding­an melibatkan semua jambatan bagi menyemarak­kan lagi semangat kekitaan dalam kalangan penduduk Sim-Sim.

Untuk rekod, pelantikan 27 warden yang mewakili Jambatan 1 hingga 24 serta Flat Lama itu adalah bagi tempoh setahun bermula 20 Jun 2020 hingga 20 Jun 2021.

Sementara itu, warden dilantik bagi memantau Blok 4, 5 dan 6 di Flat Lama, Tehsi @ Fatimah Bokkia, 46, berkata tanggungja­wab yang diberi itu bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh kerana ia adalah kepercayaa­n yang diberi oleh penduduk.

“Dengan pelantikan ini, saya akan melaksanak­an segala yang dirancang bersama penduduk flat di sini untuk memantau keadaan terutama dari aspek kebersihan,” jelasnya.

Sementara itu, Asmawi Entong, 48, sebagai warden Jambatan 18 berharap penduduk akan memberi kerjasama dalam setiap aktiviti atau peraturan yang akan dilaksanak­an kelak.

Katanya, dua aspek utama yang menjadi tumpuan iaitu keselamata­n dan kebersihan sememangny­a tidak dapat dilakukan dengan sekelip mata sebaliknya memerlukan masa.

“Penduduk di Jambatan 18 sepakat memilih saya sebagai warden yang akan mewakili mereka. Oleh itu, saya berharap mereka akan bekerjasam­a untuk memastikan jambatan kamk bebas dari jenayah selain bersih dan ceria,” jelasnya.

 ??  ?? LANTIK: Frankie (duduk, tengah) bersama warden yang dilantik.
LANTIK: Frankie (duduk, tengah) bersama warden yang dilantik.
 ??  ?? KERJASAMA: Asmawi meminta kerjasama penduduk untuk menjaga keselamata­n dan kebersihan Jambatan 18.
KERJASAMA: Asmawi meminta kerjasama penduduk untuk menjaga keselamata­n dan kebersihan Jambatan 18.
 ??  ?? SEDIA: Tehsi @ Fatimah sedia menjalanka­n tanggungja­wab yang diberi.
SEDIA: Tehsi @ Fatimah sedia menjalanka­n tanggungja­wab yang diberi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia