Utusan Borneo (Sabah)

Jimmy turun padang bantu mangsa kebakaran

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Datuk Jimmy Wong Sze Phin turun padang melawat dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2 Jalan Apas.

Beliau yang baharu tiba dari Kota Kinabalu bergegas ke lokasi bencana untuk melihat sendiri dan meninjau keperluan yang diperlukan mangsa di penempatan sementara.

“Saya tidak senang sekiranya tidak turun sendiri melihat keadaan mangsa, walaupun sebelum ini kakitangan Dun Sri Tanjung sudah memberikan bantuan sejak hari kejadian lagi.

“Saya sangat bersimpati terhadap semua mangsa kerana masa ini kita masih lagi dalam fasa langkah pemulihan ancaman wabak COVID-19,” katanya semasa menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada mangsa kebakaran, di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau percaya pihak jabatan kerajaan yang berkenaan sudah mengurus dan bertanggun­gjawab dalam memastikan mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Saya yakin jabatan yang ditugaskan mengurus sudah melakukan kerja-kerja dengan sebaik mungkin supaya mangsa tidak terjejas dari segi makanan dan pakaian mereka.

“Semoga bantuan yang diberikan ini dapat membantu memenuhi keperluan mereka buat sementara waktu sepanjang berada di penempatan sementara,” katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Tony Koh, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sri Tanjung Koo Hung Eow, Pegawai Kemajuan Masyarakat Sri Tanjong Woo Soon Fatt, Pemaju Mukim Sri Tanjong Lee Yung Chung, Ketua Masyarakat Cina Kan Kin Foh dan Chok Sui Tong serta Jawatankua­sa Dalam Bandar (JKDB) Chok Yi Fen.

 ??  ?? BANTUAN: Jimmy menyampaik­an bantuan makanan keperluan kepada mangsa kebakaran.
BANTUAN: Jimmy menyampaik­an bantuan makanan keperluan kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia