Utusan Borneo (Sabah)

38 pain darah dikumpul menerusi Kempen Derma Darah Tertutup

- Oleh: Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Sebanyak 38 pain darah berjaya dikumpul menerusi Kempen Derma Darah Tertutup yang diadakan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dengan kerjasama Pejabat Taman Pulau Pulau Penyu Sandakan dan Unit Tabung Darah Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Kempen kali ini khas untuk kakitangan Pejabat Taman Pulau Pulau Penyu Sandakan dan selain daripada Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerak Am (PGA) serta kakitangan Crystal Quest.

Pengurus Taman Pulau Pulau Penyu, Sukur Sukardi melahirkan penghargaa­n kepada BSMM Sandakan dan Unit Tabung Darah HDOK kerana telah menjemput Pejabat Taman Pulau Pulau Penyu buat pertama kalinya dalam kempen yang amat bermakna ini.

Beliau juga akan mempertimb­angkan untuk mengadakan kempen seperti ini dalam takwim tahunan pejabat beliau.

Sementara itu, Pengerusi BSMM Daerah, Josie Pang berterima kasih kerana Pejabat Taman Pulau Pulau Penyu Sandakan sudi bekerjasam­a dalam kempen kali ini.

Katanya, kempen itu diadakan tepat pada masanya kerana Unit Tabung Darah memerlukan bekalan darah bagi kegunaan pesakit di HDOK Sandakan.

Beliau juga Naib Pengerusi II BSMM Negeri Sabah berkata bahawa BSMM Negeri Sabah telah mengadakan beberapa kempen derma darah di seluruh negeri sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dan, setakat ini, sejumlah 1,800 pain darah telah berjaya dikutip di seluruh Sabah dan kempen masih lagi berterusan.

Pengerusi Program Kempen Derma Darah, Terence Tan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada para penaja terlibat termasuk Vinhong Square Sdn Bhd, Crystal Quest, Pejabat Taman Pulau Pulau Penyu Sandakan dan Unit Tabung Darah HDOK Sandakan.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur yang banyak membantu dalam persiapan kempen pada kali ini.

Antara yang terlibat bertugas dalam kempen kali ini adalah Terence Tan, Chong Yee Ket (Komandan VAD 28), Clarice Tham (Kuartermas­ter VAD 28), Chong Ching Hau dan Pang Mei Keng dari VAD 28.

Turut serta adalah Timbalan Pengerusi, Chung Kim Hen dan Setiausaha Kehormat, Vincent Delgado

 ??  ?? KERJASAMA: Josie menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Sukardi yang turut menjayakan Kempen Derma Darah Tertutup kali ini.
KERJASAMA: Josie menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Sukardi yang turut menjayakan Kempen Derma Darah Tertutup kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia