Utusan Borneo (Sabah)

JPNS sekali lagi menerima 100 unit cecair pembasmi kuman

- Oleh Yap Siong Han LIU CHANG LONG

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sekali lagi menerima 100 unit cecair pembasmi kuman (500ml sebotol) daripada dermawan antarabang­sa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Kota Kinabalu Ronnie Loh Ee Eng berkata, sumbangan itu diberikan oleh Liu Chang Long menerusi syarikatny­a Qing Dao Enix Microwave Automation Equipment Co.Ltd di China.

“Sumbangan itu diberikan selepas terbaca dalam satu laporan berita mengenai saya telah membantu seorang dermawan di sini menyampaik­an sumbangan berjumlah RM205,000 kepada Chinese Red Cross Federation yang disaksikan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Liang Caide.

“Sebelum ini saya juga berjaya mendapatka­n sumbangan sebanyak 18,950 pelitup muka, 141 cecair pembasmi kuman (500ml sebotol), 1,000 pasang sarung tangan pelindung serta 50 unit pelindung muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua sumbangan itu telah diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tham Yun Fook.

Sementara itu, Tham berkata, Sabah mempunyai kirakira 540,000 guru, pelajar serta kakitangan termasuk di sekolah rendah dan menengah (tidak termasuk tadika swasta).

Katanya, jumlah bantuan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman (50ml sebotol) yang diperlukan adalah sama dengan jumlah berkenaan.

“Walaupun Kementeria­n Pendidikan telah memperuntu­kkan sejumlah dana kepada setiap Jabatan Pendidikan daerah untuk membeli peralatan perlindung­an diri (PPE) tetapi sumbangan orang ramai masih dialu-alukan,” katanya.

Orang ramai yang bermurah hati untuk menyampaik­an sumbangan boleh berhubung dengan Ronnie pada talian 0198504368 atau e-mel ke ronnieloh3­68gmail.com.

 ??  ?? KENANGAN: Ronnie (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tham selepas menyerahka­n sumbangan itu.
KENANGAN: Ronnie (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tham selepas menyerahka­n sumbangan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia