Utusan Borneo (Sabah)

PRN12: Fatimah harap lebih ramai calon wanita dari PBB

Tidak boleh ada penguranga­n dalam perwakilan sedia ada, wanita wakili 50.32 peratus daripada pengundi di Sarawak

-

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berharap lebih ramai calon wanita dari parti dalam Pilihan Raya Negeri Ke12 (PRN12) yang akan datang.

Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata tidak boleh ada penguranga­n dalam perwakilan sedia ada wanita dari PBB.

Pada ketika ini katanya, PBB mempunyai empat wakil dipilih iaitu beliau sendiri bagi Dalat, Datuk Sharigan fah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Simoi Peri (Lingga) dan Rosey Yunus (Bekenu).

“Harapan kami untuk pilihan raya negeri yang akan datang semestinya untuk melihat pertambaha­n bilanluarg­a

calon wanita dan bukannya dikurangka­n,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita PBB di ibu pejabat parti di sini semalam.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, KeFatimah dan Pembanguna­n Kanak-Kanak menambah, wanita kini merangkumi 50.32 peratus daripada keseluruha­n jumlah pengundi di Sarawak.

Katanya, terdapat lebih daripada 623,100 pengundi wanita daripada keseluruha­n 1.238 juta pengundi berdasarka­n daftar pengundi terkini.

“Perkara lebih penting ialah kita mesti bantu parti untuk menang. Kita akan terus turun padang untuk memenangi hari rakyat sebagai persiapan bagi pilihan raya negeri akan datang,” ujarnya.

Menyentuh mengenai persiapan menghadapi PRN12, Fatimah berkata jentera wanita sudah bersedia sebelum pandemik COVID-19 lagi.

Jentera Wanita katanya, juga membantu dalam pendaftara­n keahlian baharu dan membantu mereka mendaftar sebagai pengundi baharu.

Dalam perkembang­an lain,

mewakili Wanita PBB menyatakan penghargaa­n kepada kerajaan Sarawak atas penamaan dua wanita dari negeri ini sebagai Senator.

Senator baharu ialah Susan Chemerai Anding dari PBB dan Rita Sariah Patrick Insol dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Selain itu Fatimah turut mengumumka­n Timbalan Ketua Wanita PBB Datuk Seri Rohani Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri.

Dua lagi wanita PBB iaitu Datuk Seri Nancy Shukri dilantik sebagai Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan dalam kerajaan pusat manakala Dato Hanifah Hajar Taib yang juga Ahli Parlimen Mukah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Harapan kami untuk pilihan raya negeri yang akan datang semestinya untuk melihat pertambaha­n bilangan calon ” wanita dan bukannya dikurangka­n. Dato Sri Fatimah Abdullah Ketua Wanita PBB

 ??  ?? MANTAP: Fatimah (duduk tengah) bersama ahli Exco wanita PBB yang lain memegang logo GPS sebelum sidang media bermula.
MANTAP: Fatimah (duduk tengah) bersama ahli Exco wanita PBB yang lain memegang logo GPS sebelum sidang media bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia