Utusan Borneo (Sabah)

PBB Pantai Damai sokong padu Abg Johari terus pimpin Sarawak

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai menyatakan sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk terus memimpin dan mentadbir Sarawak.

Naib Presiden PBB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia berdasarka­n pelbagai inisiatif telah diperkenal­kan Abang Johari sejak memegang tampuk kepimpinan kira-kira tiga tahun lepas.

Malah, tegas Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) itu, sokongan turut diberikan kepada kepimpinan kanan kerajaan Sarawak yang telah memberi banyak sumbangan kepada negeri ini.

“Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan PBB terus menjadi parti tulang belakang kerajaan Sarawak.

“Kita menyokong segala usaha Ketua Menteri dalam membawa kemajuan kepada Sarawak,” katanya sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi PBB Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, di sini semalam.

Dr Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) menjelaska­n, inisiatif yang diperkenal­kan Abang Johari adalah untuk memastikan kemajuan Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain.

“Kita amat berharap impian untuk Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia menjelang 2030 dapat direalisas­ikan menerusi inisiatif ini,” ujarnya.

Beliau yang juga ADUN Pantai Damai turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana prihatin dengan nasib rakyat negeri ini terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tiga bulan lepas.

“Kita dapat saksikan kerajaan Sarawak berusaha menyalurka­n bantuan kepada rakyat menerusi pakej rangsangan yang diperkenal­kan,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Rahman berkata PBB Cawangan Pantai Damai bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Ini bukan hanya retorik atau hendak menyenangk­an hati rakyat tetapi ia disebabkan pilihan raya kerap diadakan di negeri ini iaitu sekitar dua ke tiga tahun sekali.

“Keadaan ini membuatkan kita sentiasa berada dalam mod aktif. Apabila tiba PRN12 atau PRU15, kita sentiasa bersedia kerana jentera mempunyai pengalaman menghadapi situasi genting,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berdepan masalah untuk berdepan dengan pilihan raya akan datang.

“Persoalann­ya mengenai logo GPS bukan masalah kerana masyarakat sudah mengetahui mengenai entiti politik ini sejak dua tahun lepas.

“Kita juga menyebarka­n maklumat mengenai GPS menerusi media sosial dan sambutan amat memberangs­angkan,” ujarnya.

 ??  ?? IKUT SOP: Dr Rahman diperiksa suhu badan sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi PBB Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, semalam.
IKUT SOP: Dr Rahman diperiksa suhu badan sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi PBB Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia