Utusan Borneo (Sabah)

Projek jalan berturap dari Kpg Sebauh ke Kpg Sebauh Hilir diteruskan: Dr Rundi

-

BINTULU: Kerja-kerja pembinaan jalan berturap dari Kampung Sebauh ke Kampung Sebauh Hilir diteruskan semula selepas tiga bulan dihentikan sementara bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Semasa lawatan kerja meninjau projek itu di daerah Sebauh pada Selasa lalu, Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek pembinaan jalan raya itu perlu disiapkan segera memandangk­an kemudahan itu amat diperlukan penduduk.

Katanya, jadual bagi pelaksanaa­n projek itu telah mengalami kelewatan selama lebih kurang tiga bulan dari jadual asal bagi mematuhi PKP.

“Sekarang ini, pembinaann­ya diteruskan selepas sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ujarnya.

Meski lewat dari jadual asal katanya, jalan berturap itu perlu disiapkan secepat mungkin supaya penduduk sekitar daerah Sebauh mendapat manfaat daripadany­a.

Beliau berkata, projek jambatan sepanjang 723 meter, 12 meter lebar bernilai RM89,779,694.48 dijadual siap pada Jun 2022 dan jalan berturap sepanjang 3.5 kilometer yang bernilai RM22,579,900 dijadual siap pada Disember 2020.

“Kontraktor perlu memastikan projek ini dilaksanak­an mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKPP bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena tersebut.

Tambahnya, kerja-kerja pembinaan untuk projek itu perlu mematuhi SOP PKPP dengan mengamalka­n kebersihan diri dengan menggunaka­n pelitup muka sepanjang masa dan penjarakan sosial.

Hadir sama Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pengurus Jabatan Kerja Raya(JKR) Wilayah Utara Ir Teo Nguong Leong, Jurutera JKR Bahagian Bintulu Lau Pit Hua dan pegawai-pegawai JKR Bintulu.

 ?? — Gambar ihsan JKR Sarawak ?? DITERUSKAN: Projek-projek pembinaan jalan diteruskan semula semasa PKPP di daerah Sebauh.
— Gambar ihsan JKR Sarawak DITERUSKAN: Projek-projek pembinaan jalan diteruskan semula semasa PKPP di daerah Sebauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia