Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Malaysia kandas di Nigeria akan dibawa pulang

-

SIBU: Sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas di Nigeria akhirnya menarik nafas lega kerana mereka akan pulang ke tanah air menaiki penerbanga­n yang diatur oleh Suruhanjay­a Tinggi Malaysia (MHC).

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau telah menghubung­i Malcom Goh, salah seorang yang terkandas dan kumpulan itu akan menaiki penerbanga­n ke Dubai pada 22 Jun sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 Jun.

Beliau memberitah­u seramai 24,000 rakyat Malaysia terkandas di 24 negara dan kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk membawa rakyat Malaysia yang ingin kembali.

“Saya telah menghubung­i Goh. Jumlah rakyat Malaysia untuk penerbanga­n ini adalah seramai 33 orang pada 19 Jun dan mungkin ada tambahan kemudian,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Wan Junaidi berkata, Goh dan rakan-rakannya adalah antara mereka yang akan pulang ke Malaysia.

Beliau percaya tidak semua rakyat Malaysia berada dalam penerbanga­n ini kerana berita itu berlaku tiba-tiba, sambil menambah ada yang berada jauh dari Lagos dan tidak dapat bergerak pada waktu penerbanga­n itu.

Walaupun begitu, MHC masih mengatur penerbanga­n lain pada 25 Jun dari Douala, Cameroon ke Lagos dan Kuala Lumpur untuk rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, MHC di bawah arahan dari Putrajaya melalui Wisma Putra sentiasa berusaha membantu dan berusaha sebaik mungkin untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

“Atas permintaan saya, ketika saya membangkit­kan masalah 56 rakyat Malaysia yang terkandas di Lagos, Nigeria, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahka­n agar jawatankua­sa tersebut bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan untuk mencari jalan keluar.

“Beberapa pengaturan telah dibuat dan mereka tidak dapat melakukan satu pengaturan disebabkan perintah berkurung dan prosedur negara tuan rumah dapat melakukan penerbanga­n alternatif ke Malaysia,” katanya.

Wan Junaidi menjelaska­n proses untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara adalah sukar kerana melibatkan pelepasan udara, protokol, hak mendarat dan lain-lain kerana ia bukan penerbanga­n yang dijadualka­n.

“Yakinlah bahawa semua orang bekerja sepanjang masa untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia dijaga dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi setelah menyerahka­n geran kepada koperasi di cawangan Bank Raykat di Jalan Tun Jugah di Kuching baru-baru ini, memberitah­u 56 rakyat Malaysia yang terkandas di Nigeria, 13 daripadany­a adalah rakyat Sarawak yang kebanyakan­nya bekerja di industri minyak dan gas.

Goh, salah seorang daripada 13 orang Sarawak yang terkandas di Nigeria memohon semuanya akan berjalan lancar dan bersiap untuk pulang.

Berusia 39 tahun dari Kuching, Goh melahirkan rasa syukur dan gembira akhirnya dapat pulang ke tanah air.

“Sudah tentu perasaan gembira, namun masih ada perasaan bercampur baur kerana saya masih belum dalam penerbanga­an. Jujurnya saya masih ada beberapa kebimbanga­n.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Wisma Putra, Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Abuja (Nigeria) dan kerajaan Sarawak atas bantuan untuk membawa kami pulang,” katanya kepada The Borneo Post menerusi WhatsApp.

Goh memberitah­u ini adalah hari ke-135 di Nigeria, iaitu 60 hari bekerja dan 75 hari menunggu tanpa gaji.

Katanya, setakat ini seramai 33 rakyat Malaysia untuk penerbanga­n pada 22 Jun, jumlah ini mungkin akan lebih ramai kemudian.

“Setakat ini saya mengesahka­n seramai 12 rakyat Sarawak telah mendapat tiket penerbanga­n termasuk saya,” ujarnya.

Penerbanga­n ini ditanggung oleh majikan bagi kebanyakan pekerja minyak dan gas seperti dalam kontrak mereka.

Goh adalah jurutera pemeriksaa­n dasar laut dan penyelam luar pesisir selama 12 tahun yang lepas.

Beliau memberitah­u mereka dijaga dengan baik oleh majikan mereka semasa di Nigeria.

Menurut Goh, rakyat Sarawak lain yang terkandas di negara itu berasal dari syarikat yang berlainan dan bekerja di tempat yang berbeza.

“Saya tahu ada yang berasal dari Sibu, Kapit dan Julau, kebanyakan bekerja dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Isu 10 rakyat Sarawak yang terkandas di Nigeria mendapat perhatian umum apabila Goh merayu kepada kerajaan Malaysia untuk membantu mereka untuk mendapatka­n penerbanga­n balik ke tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia