Utusan Borneo (Sabah)

Projek RTP, PPRMS di Tanjong Datu akan diteruskan: Jamilah

-

LUNDU: Projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di kawasan Tanjong Datu akan diteruskan demi kesejahter­aan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negerinya Datuk Amar Jamilah Anu berkata, beliau turut berpuas hati dengan pelaksanaa­n projek yang dijalankan kontraktor di kawasannya itu.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke tapak projek Bina Baru Tempat Letak Kereta SK Siar di Kampung Bajo, baru-baru ini.

“Kita berpuas hati dengan pelaksanaa­n yang dibuat oleh kontraktor dan agensi pelaksana Majlis Daerah Lundu,” katanya.

Menurut beliau, projek itu yang bernilai RM140,000 telah siap sepenuhnya dan kini boleh digunakan.

Sementara itu, beliau melalui Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) turut memberi sumbangan RM2,000 kepada surau sekolah dan sumbangan individu RM1,000 sumbangan kepada sekolah.

Jamilah kemudian meneruskan lawatan kerja projek PPRMS ke rumah Meriah Ulis, yang mendapat bantuan untuk baik pulih dan mengecat dinding di Kampung Pulo Air Lundu.

Beliau kemudian mengadakan lawatan ke rumah, Let Sabli di Kampung Stunggang Melayu Baru yang mendapat bantuan baik pulih lantai dengan kos RM8,000.

Sementara itu, beliau mengadakan lawatan ke rumah

Dello Mena Francis Chinada di Kampung Stunggang Dayak yang juga mendapat bantuan baik pulih atap, tiang, dinding dan lantai dengan kos RM14,900.

Hadir sama Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim, Pemanca Benjamin Gersit Jais dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu Fatimah Abdullah.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Jamilah (kanan) melakukan lawatan ke projek PPRMS di kawasan Tanjong Datu bersama yang lain, baru-baru ini.
LAWATAN KERJA: Jamilah (kanan) melakukan lawatan ke projek PPRMS di kawasan Tanjong Datu bersama yang lain, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia