Utusan Borneo (Sabah)

Ting kecewa ada kedai pendandan rambut jemur tuala di luar premis

-

SIBU: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seharusnya telah meningkatk­an standard kebersihan orang awam terhadap kawasan persekitar­an mereka.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting berkata, pelaksanaa­n PKP telah mengambil tempoh yang panjang dan suatu perubahan besar dari segi tahap kebersihan seharusnya berlaku.

Oleh itu, beliau berasa kecewa apabila terdapat segelintir kedai pendandan rambut di pusat bandar ini masih menjemur kain tuala di luar premis perniagaan mereka.

“Apabila saya dilantik menjadi Pengerusi MPS, saya pernah membangkit­kan perkara ini bahawa pemilik kedai pendandan rambut tidak dibenarkan menjemur kain di luar premis mereka.

“Kita akan berbincang dengan pihak jawatankua­sa yang terbabit dan jadikan isu ini suatu yang harus diberi perhatian,” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan program derma darah di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Sibu, Jalan Awang Ramli Amit di sini, semalam.

Program derma darah merupakan anjuran bersama BSMM Daerah Sibu, Kelab Sukan dan Sosial MPS, dan Bank Darah Hospital Sibu.

Menurut Ting, perkara tersebut kembali menjadi perhatiann­ya setelah mendapati ada beberapa kedai pendandan rambut menjemur kain tuala di luar premis mereka sewaktu beliau berjalan kaki menuju ke Tua Pek Kong dari Hotel Tanahmas, kelmarin.

“Apabila wabak COVID19 melanda negara kita, orang ramai mula sedar akan pentingnya menjaga kebersihan.

“Jadi, jika kita masih mengikut cara lama, gantung tuala di luar kedai, terdedah dengan debu dan kotor... siapa mahu datang ke kedai kita?” katanya.

Oleh itu tegasnya, untuk memastikan bandar Sibu kekal bersih dan bebas daripada wabak penyakit berbahaya, semuanya haruslah bermula daripada diri sendiri.

“Saya bersama pasukan saya akan memastikan kebersihan bandar Sibu terpelihar­a. Tetapi, usaha ini akan lebih berjaya sekiranya dibantu oleh orang awam.

“Banyak kedai kopi mengadu mengapa pihak majlis begitu tegas sekali. Kita bertegas kerana kita mahu orang awam mengubah tabiat lama mereka,” katanya.

 ??  ?? TING
TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia