Utusan Borneo (Sabah)

GPS parti politik paling tenang, teguh dan bersedia: Abdullah

Gambaran pihak tertentu GPS sebahagian PN adalah tidak betul

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Gambaran pihak tertentu yang mengatakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebahagian Perikatan Nasional (PN) adalah tidak betul, kata Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol.

Menurutnya, GPS ialah satu entiti yang menjadi rakan PN dalam mentadbir kerajaan Persekutua­n diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kedudukan GPS adalah seperti negeri Sarawak. Adalah salah untuk mengatakan Sarawak masuk Malaysia. Kedudukan Sarawak adalah rakan dalam penubuhan Persekutua­n Malaysia.

“Sebab itu ada termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia ada peruntukan yang memberi hak-hak istimewa kepada Sarawak.

“Kedudukan GPS adalah seperti negeri Sarawak. Adalah salah untuk mengatakan Sarawak masuk Malaysia. Kedudukan Sarawak adalah rakan dalam penubuhan ” Persekutua­n Malaysia.

“Begitu juga kedudukan istimewa GPS dalam persefaham­an bersama PN dalam mentadbir Kerajaan Persekutua­n sekarang ini,” katanya pada Majlis UKAS@ Community N.57 Tellian di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n lagi, dalam GPS tiada isu perbalahan tentang kepimpinan kerana semua menghormat­i kebijaksan­aan kepimpinan tertinggi.

“Kami semua dalam GPS faham dan bersatu teguh atas landasan serta hala tuju perjuangan politik yang jelas iaitu mempertaha­nkan hak negeri dan melaksanak­an pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

“Sebaliknya parti politik lain yang merangkumi pemimpin-pemimpin yang tidak berpendiri­an teguh atau yang suka ‘melompat sana-sini’ masih dalam proses mencari identiti diri mereka sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, hala tuju perjuangan politik parti tertentu masih rapuh dan kabur kerana mereka sibuk mengejar kedudukan mereka sendiri dalam parti yang baru disertai.

Beliau mempersoal­kan keupayaan golongan ini jika mentadbir negara atau negeri, sedangkan dalaman parti sendiri masih berserabut.

“GPS akan terus bersedia untuk bekerjasam­a dengan PN dengan syarat pentadbira­n di bawah kepimpinan Muhyiddin mampu mentadbir Kerajaan Persekutua­n dengan baik dan mampu mengukuh ekonomi negara.

“Satu lagi syarat penting persefaham­an antara GPS dan PN ialah mampu membawa banyak kebaikan untuk negeri dan rakyat Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh turut menegaskan bahawa GPS bukanlah Barisan Nasional (BN) yang dahulu.

“Keempat-empat parti dalam GPS sentiasa bersatu,” ujarnya.

Abdullah Saidol Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdullah dan Yussibnosh pada Majlis UKAS@Community N.57 Tellian di Mukah, semalam.
UNTUK ALBUM: Abdullah dan Yussibnosh pada Majlis UKAS@Community N.57 Tellian di Mukah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia