Utusan Borneo (Sabah)

Bank diminta lebih longgar syarat buka cawangan di luar bandar: Razi

-

DEBAK: Bank diminta lebih longgar dari segi syarat membuka cawangan atau kios di sesebuah kawasan pekan khususnya di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berkata keperluan mewujudkan bank di luar bandar khususnya kawasan penduduk ramai amat menagih keperluan pengeluara­n wang selari dengan tuntutan semasa.

“Meskipun kita sedar prosedur harus ditekankan oleh bank membuka cawangan sesuatu kawasan tetapi banyak faktor diambil kira membolehka­n mewujudkan bank di Debak.

“Kalau tidak dapat membuka cawangan bank dengan menyediaka­n kios atau mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) memadai sebagai tanggungja­wab sosial bank di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan pengurusan Bank Rakyat Cawangan Sarikei di Pejabat Daerah Debak di sini kelmarin.

Menurutnya, ketiadaan bank di Debak amat menyukarka­n penduduk terpaksa ke bandar terdekat mengeluark­an wang keperluan.

“Penduduk terpaksa ke Betong atau Saratok dan bandar terdekat berurusan dengan bank atau mengambil wang. Ini amat membebanka­n penduduk,” jelasnya.

Razi berkata, keperluan bank atau ATM diwujudkan di Pekan Debak kini tahap amat diperlukan memandangk­an populasi penduduk di Debak dan sekitar mencecah lebih 15,000 orang.

“Debak juga mengalami perubahan memberangs­angkan dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dan aktiviti ekonomi,” katanya.

Justeru, Razi menggesa agar bank dapat melaksanak­an tanggungja­wab sosial di kawasan luar bandar.

Sementara itu, Bank Rakyat Sarikei diketuai Pengurus Cawanganny­a, Faishal Salleh mengadakan kunjungan ke Debak membuat tinjauan kawasan itu berdasarka­n permohonan Razi meminta pihaknya menyediaka­n kios ATM.

Turut hadir Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Debak, Nazari Bujang.

 ??  ?? PERLU BANK: Razi menerima kunjungan Bank Rakyat memantau kawasan bagi penubuhan bank di Debak.
PERLU BANK: Razi menerima kunjungan Bank Rakyat memantau kawasan bagi penubuhan bank di Debak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia