Utusan Borneo (Sabah)

Kewujudan UKAS banyak bantu wakil rakyat tempatan

-

MUKAH: Kewujudan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah banyak membantu terutamany­a kepada wakil rakyat tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negsri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, sejak dua tahun lalu pihak itu banyak menguar-uarkan polisi serta dasar kerajaan negeri.

“UKAS telah banyak membantu dalam menyebarka­n dasar serta polisi kerajaan negeri Sarawak,” katanya dalam program UKAS@ Community N.56 Balingian bertempat di Dewan Masyarakat Balingian semalam.

Turut hadir Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam (UKAS)

Abdullah Saidol, Residen Mukah Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili dan Pegawai Tadbir Khas mewakili Pengarah UKAS Datuk Takun Sunggah.

Menurut Abdul Yakub, secara tidak langsung sebenarnya UKAS telah banyak membantu wakil rakyat dalam hal berkenaan.

Bukan itu sahaja katanya, malah masalah rakyat di akar umbi juga dapat dikenal pasti dan boleh mendapatka­n maklum balas rakyat tentang sesuatu dasar atau perkaraper­kara berkaitan.

Sementara itu, Abdul Yakub turut menasihati penduduk dan rakyat di negeri ini supaya mengamalka­n norma baharu dalam setiap aspek kehidupan kerana COVID-19.

Walaupun pada awalnya norma ini agak ganjil, namun ia amat perlu diikuti demi kesejahter­aan dan keselamata­n semua pihak, katanya.

Sehingga kini juga, akibat sebenar wabak itu masih belum dapat dikesan punca.

Malah, vaksin juga masih belum dapat dicipta atau ditemui.

Abdul Yakub juga berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu untuk menjaga kesejahter­aan serta keselamata­n awam.

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Abdul Yakum (depan, tiga kiri), Abdullah (depan, empat kiri) bersama tetamu lain dalam satu sesi fotografi pada majlis berkenaan semalam.
RAKAM KENANGAN: Abdul Yakum (depan, tiga kiri), Abdullah (depan, empat kiri) bersama tetamu lain dalam satu sesi fotografi pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia