Utusan Borneo (Sabah)

KK Kidurong tampung keperluan masa hadapan Bintulu

Tanah telah dikenal pasti, usaha dipergiat untuk dapatkan kelulusan, peruntukan bagi pembinaan klinik terbabit: Aaron

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Projek pembinaan Klinik Kesihatan Kidurong yang mana tapaknya telah dikenal pasti oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menampung keperluan kesihatan penduduk di kawasan Bintulu dan sekitarnya pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, tanah telah diperolehi untuk pembinaann­ya dan kelulusan serta peruntukan untuk pembinaan klinik terbabit akan diusahakan.

Katanya, dua lagi klinik baharu turut dicadang dibina di Bintulu iaitu Klinik Kesihatan Samalaju dan Klinik Kesihatan Data Kakus termasuk mencadangk­an untuk pembinaan hospital besar di daerah Tatau.

“Dua klinik ini termasuk sebuah hospital besar tersebut masih di peringkat cadangan dan ia merupakan kemudahan yang perlu diberi pertimbang­an oleh kerajaan terutamany­a di

“Dua klinik ini termasuk sebuah hospital besar tersebut masih di peringkat cadangan dan ia merupakan kemudahan yang perlu diberi pertimbang­an oleh kerajaan terutamany­a di Tatau yang jauh dari ” Bintulu. Datuk Aaron Ago Dagang Timbalan Menteri Kesihatan II

Tatau yang jauh dari Bintulu,” ujarnya pada sidang media semasa lawatan kerja ke tapak Klinik Kesihatan Kidurong baharu dan menghadiri taklimat di Hospital Bintulu semalam.

Katanya, pembinaan klinik itu mengambil kira unjuran pertambaha­n penduduk dan perkhidmat­an sehingga 2030 yang sekurang-kurangnya memerlukan pembinaan tiga klinik baharu di Bintulu.

Pada masa sama katanya, beliau turut melawat beberapa bahagian di Hospital Bintulu membabitka­n Makmal PCR (Polymerase Chain

Reaction) atau pengesanan virus COVID-19 yang baharu diwujudkan dengan tajaan oleh sektor swasta dan individu termasuk melawat Pusat Penyelidik­an Klinikal (CRC), Wad Perubatan Lelaki dan Wad Bersalin.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan termasuk (Duta Khas Perdana Menteri ke China merangkap Ahli Parlimen Bintulu) Datuk Seri Tiong King Sing yang berusaha mengumpul dana bagi merealisas­ikan pewujudan makmal baharu ini,” katanya.

Beliau berkata, pewujudan makmal dan peralatan dalam makmal ini adalah melalui pengumpula­n dana dan dengan adanya kemudahan ini semua sampel COVID19 akan dapat dianalisis di Bintulu tanpa perlu dihantar ke Sibu dan Miri, sekali gus merupakan satu kejayaan serta kemajuan di Bintulu.

Dalam lawatan ke beberapa wad pesakit pula katanya, beliau turut melihat sendiri keadaan yang amat sesak dari segi kemudahan katil untuk pesakit terutamany­a di wad perubatan lelaki yang mana pesakit dirawat telah penuh dengan mencapai dua kali ganda di Hospital Bintulu.

“Ini memberi gambaran tidak begitu sihat untuk hospital di Bintulu,” katanya sambil menambah untuk menangani masalah ini, Hospital Bintulu telah memohon untuk membina satu lagi blok yang akan menempatka­n 250 katil pesakit berkos menjangkau RM400 juta.

Perkara ini dimaklumka­n melalui taklimat dan perbincang­an dengan pegawaipeg­awai perubatan kesihatan di Bintulu untuk mengetahui lebih lanjut keadaan, fasiliti, tenaga kerja dan kehendak penduduk di Bintulu dari segi kesihatan dan perubatan.

Menurutnya, pembinaan blok baharu itu juga adalah dalam perancanga­n dan dari segi mendapatka­n tapaknya tiada masalah memandangk­an keluasan Hospital Bintulu adalah lebih 80 ekar yang mampu untuk menempatka­n blok tersebut.

“Perkara ini telah dipanjangk­an kepada pihak kementeria­n untuk mengambil tindakan dan kita masih menunggu maklum balas memandangk­an peruntukan untuk itu (pembinaan blok itu) belum ada,” katanya.

Hadir sama mengiringi lawatan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing, Pengarah Hospital Bintulu Dr Davis Johnraj, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Norliza Jusoh serta pegawai-pegawai kanan perubatan Hospital Bintulu, KKM dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

 ??  ?? TINJAUAN: Aaron (kiri), Dr Chin (empat kanan), Dr Davis (dua kiri) memperkata­kan sesuatu mengenai beberapa masalah yang diutarakan oleh pegawai perubatan semasa lawatan ke wad perubatan lelaki di Hospital Bintulu semalam.
TINJAUAN: Aaron (kiri), Dr Chin (empat kanan), Dr Davis (dua kiri) memperkata­kan sesuatu mengenai beberapa masalah yang diutarakan oleh pegawai perubatan semasa lawatan ke wad perubatan lelaki di Hospital Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia