Utusan Borneo (Sabah)

Tiada keperluan pengesanan kes secara aktif di Kidurong setakat ini

-

BINTULU: Tiada keperluan untuk pengesanan kes secara aktif (ACD) di kawasan Kidurong setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing.

Beliau berkata, situasi semasa sentiasa dipantau dan ACD boleh dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.

Beliau menjawab soalan mengenai kes COVID-19 membabitka­n Kluster Kidurong melibatkan pelajar terbabit yang difahamkan balik ke Bintulu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Begitupun, sesiapa merupakan kontak boleh datang ke klinik atau hospital membuat saringan dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan mengelak tempat sesak, pakai pelitup muka dan sebagainya.

“Puncanya (kluster Kidurong) belum diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Dr Chin mengiringi lawatan kerja Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang ke tapak Klinik Kesihatan Kidurong baharu, Makmal PCR, Pusat Penyelidik­an Klinikal (CRC), Wad Perubatan Lelaki dan Wad Bersalin dan taklimat di Hospital Bintulu semalam.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Norliza Jusoh berkata sehingga kini Bintulu mencatatka­n 19 kes COVID-19 dan daripada itu enam masih aktif.

Katanya, enam kes itu adalah daripada Kluster Kidurong yang dikenal pasti melalui saringan pelajarpel­ajar yang balik dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT).

“Selepas membuat pengesanan kontak, kita mendapati lima disahkan positif terdiri dari kalangan ahli keluarga kes pertama yang dikenal pasti dalam kluster Kidurong,” katanya.

Menurutnya, lanjutan daripada kluster itu seramai 231 kontak lain dikenal pasti dan 163 yang disaring didapati negatif.

“Selebihnya menunggu keputusan kontak-kontak yang dikenal pasti dan kita masih mencari kontak-kontak baharu terutama kes terakhir kerana setiap mereka ada kontak masing-masing,” jelasnya.

 ??  ?? TAKLIMAT: Aaron (tengah) bersama Dr Chin (kiri), Dr Norliza (kanan) serta pegawai-pegawai perubatan kesihatan semasa hadir taklimat di Hospital Bintulu semalam.
TAKLIMAT: Aaron (tengah) bersama Dr Chin (kiri), Dr Norliza (kanan) serta pegawai-pegawai perubatan kesihatan semasa hadir taklimat di Hospital Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia