Utusan Borneo (Sabah)

VH Green Nature Park lancar Program Pengumpula­n Dana COVID-19 untuk haiwan

-

KUCHING: VH Green Nature Park, Jalan Matang baru-baru ini melancarka­n Program Pengumpula­n Dana COVID-19 untuk membantu menjaga kesihatan dan keselesaan haiwan di taman tersebut dengan baik.

Ketua Pegawai Operasi VH Green Nature Park Albert Kho berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, pihaknya terpaksa menghentik­an operasi buat sementara waktu.

Menurutnya juga, sumber pendapatan utama mereka adalah daripada penjualan tiket dan penyelaras­an acara.

“Justeru sejak PKP dilaksanak­an, pihak kami kehilangan pendapatan dan bekalan barang keperluan untuk semua haiwan di dalam taman juga semakin berkuranga­n.

“Taman ini tidak mendapat bantuan kewangan daripada organisasi atau tajaan kerajaan, tetapi hanya bergantung pada pembiayaan sendiri untuk menampung perbelanja­an operasi dan oleh itu, dana sangat terhad,” jelasnya menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.

Menurut Kho juga, Dana Simpanan Darurat Taman terpaksa digunakan untuk menampung penyelengg­araan makanan dan rawatan perubatan haiwan semasa PKP.

“Walaupun dana tersebut dapat menampung bekalan makanan dan pembiayaan perubatan, namun ia hanya cukup untuk menanggung taman ini kurang daripada sebulan dari sekarang.

“Justeru, pihak kami mengalu-alukan sumbangan dan bagi mereka yang ingin menderma atau menaja, mereka boleh mengambil bahagian dalam program ‘COVID-19 Fund-Adoption’ kami,” kata Kho.

Mereka yang ingin menghulurk­an derma atau turut serta dalam program boleh mengunjung­i Facebook VH Green Nature Park di https://www.facebook.com/ vhgreennat­ureparkmat­angjaya/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia