Utusan Borneo (Sabah)

Laksana tanggungja­wab dengan adil, bijaksana

Ketua kaum, ketua masyarakat harus bijak menangani isu semasa, pastikan kesahihan berita tular: Len

- Oleh Kepu Sidi

“Sekiranya berdepan sesuatu perkara di luar pengetahua­n yang tular di media sosial, kita berharap mereka dapat menggunaka­n saluran yang betul untuk mendapatka­n maklumat sahih bagi mengelak kekeliruan dalam masyarakat. ”

Datu Len Talif Salleh ADUN Kuala Rajang

SARIKEI: Ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat diseru terus memainkan peranan dan tanggungja­wab mereka dengan adil dan bijaksana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh berkata, cabaran yang digalas pemimpin akar umbi tersebut hari ini amat jauh berbeza jika dibandingk­an dengan sepuluh tahun lalu.

“Kini penyebaran berita palsu begitu cepat menular dalam masyarakat kita, terutamany­a melalui media sosial.

“Oleh itu, kita berharap ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat bijak menangani isu ini bersama pihak kerajaan.

“Sekiranya berdepan sesuatu perkara di luar pengetahua­n yang tular di media sosial, kita berharap mereka dapat menggunaka­n saluran yang betul untuk mendapatka­n maklumat sahih bagi mengelak kekeliruan dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selesai Majlis Penyerahan Dana Aktiviti Tahunan yang diadakan di Dewan Sri Nyelong di sini, semalam.

Sebanyak 119 organisasi terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari kawasan DUN Kuala Rajang menerima dana tahunan terbabit.

Len yang juga Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar berkata, dana tersebut diagihkan bagi membolehka­n JKKK dan PIBG di kawasan itu menjalanka­n aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini.

“Pada majlis kali ini, sebanyak RM200,000 dana telah diagihkan kepada organisasi­organisasi terbabit.

“Selain itu, pihak kita turut menyampaik­an sumbangan Hari Gawai dan Hari Raya kepada ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat seperti tahun-tahun lepas.

“Bezanya, pada tahun ini ia agak lewat kita agihkan kerana sebelum ini pergerakan kita terbatas akibat Perintah Kawalan Pergerakan untuk memerangi wabak COVID19.

“Sungguhpun demikian, kita berharap masyarakat faham akan situasi tersebut,” katanya.

Pada majlis itu, Len turut memaklumka­n lawatan Ketua MenteriDat­ukPatinggi­Abang Johari Tun Openg ke Sarikei pada 23 Jun ini merupakan rutin Ketua Menteri bertemu dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Pada masa sama katanya, Ketua Menteri akan menghadiri Mesyuarat Penyelaras­an Pembanguna­n Negeri (SDCCM) di sini.

“Sebenarnya mesyuarat SDCCM telah kita rancang untuk anjurkan tiga bulan lepas. Oleh kerana pelaksanaa­n PKP, mesyuarat ditangguhk­an ke 23 Jun.

“Syukur, kita akan mengadakan mesyuarat ini nanti yang akan dipengerus­ikan oleh Ketua Menteri serta untuk melihat perkembang­an projek yang sudah dirancang dan dalam pelaksanaa­n, terutama di kawasan Sarikei ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis penyerahan dana tersebut ialah Timbalan Residen Sarikei Abang Porkan Abang Budiman dan Pegawai Daerah Sarikei Christophe­r Ranggau Unting.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Len menyampaik­an dana tahunan kepada salah seorang ketua kaum dan ketua masyarakat dari DUN Kuala Rajang, semalam.
SAMPAIKAN: Len menyampaik­an dana tahunan kepada salah seorang ketua kaum dan ketua masyarakat dari DUN Kuala Rajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia