Utusan Borneo (Sabah)

SUHAKAM gesa rakyat tidak berprasang­ka buruk, negatif terhadap komuniti pelarian

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa rakyat untuk tidak berprasang­ka buruk serta berpandang­an negatif terhadap komuniti pelarian.

Menurut kenyataan SUHAKAM semalam, kerajaan turut digesa untuk menghentik­an pemintasan dan penolakan bot yang membawa muatan pelarian dan menafikan keselamata­n mereka sekiranya dibenarkan mendarat.

“Pihak kami kecewa terutamany­a apabila melihat peningkata­n ucapan kebencian dan retorik xenofobia sejak beberapa bulan ini berikutan serbuan dan penahanan pelarian dan migran.

“Kerajaan perlu mengkaji semula dasar yang melibatkan pelarian di Malaysia dan memastikan ia positif dan konsisten, dan bukannya dasar yang berupa ‘ad-hoc.’

“SUHAKAM tidak akan berganjak daripada perjuangan untuk menyokong penyertaan kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan akan terus mendesak kerajaan untuk menginstit­usikannya dalam bentuk Rang UndangUnda­ng Mengenai Pelarian yang akan dibentangk­an di Parlimen,” katanya

Pada masa sama, SUHAKAM menggalakk­an kerajaan untuk terus bekerjasam­a dengan negara-negara serantau, ASEAN dan komuniti antarabang­sa seperti UNHCR dan OIC.

Katanya, ini bagi mengenal pasti penyelesai­an bagi isu-isu pelarian yang telah lama berlarutan di Asia Tenggara.

Di peringkat nasional, SUHAKAM menyeru rakyat Malaysia memberikan komitmen untuk melakukan apa yang terbaik bagi menyokong komuniti pelarian bagi mendapat perlindung­an, sokongan dan kehormatan di negara ini.

Ia akan membawa kepada dunia yang lebih adil, inklusif dan saksama, tegasnya.

“Setiap orang boleh membawa perubahan dan mempunyai peranan dalam mempromosi dan melindungi hak-hak komuniti pelarian.

“Kitajugaak­anmenerusk­an usaha untuk meningkatk­an kesedaran mengenai pelarian dan hak kanak-kanak pelarian termasuk menggalakk­an kerajaan untuk menerima pakai dasar perlindung­an pelarian berjangka masa panjang yang lebih menyeluruh, inklusif dan tidak mendiskrim­inasi.

“Keutamaan perlu diberikan kepada akses pendidikan kanak-kanak pelarian dan mereka yang lebih berusia dibolehkan untuk mencari pekerjaan bagi menyara kehidupan dan hidup dalam keadaan yang lebih bermaruah,” jelasnya lagi.

Hari Pelarian Sedunia disambut pada 20 Jun setiap tahun bagi meningkatk­an kesedaran tentang nasib pelarian di seluruh dunia, dengan tema pada tahun ini ialah ‘Every Action Counts.’

Ia juga merupakan hari bagi rakyat Malaysia mempertimb­angkan tentang sumbangan pelarian kepada pembanguna­n ekonomi negara serta meraikan keberanian dan kesungguha­n mereka dalam menghadapi keadaan yang amat sukar, ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia