Utusan Borneo (Sabah)

DVSS mulakan suntikan vaksin antirabies bergerak

-

KUCHING:JabatanPer­khidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) kini memulakan suntikan vaksin antirabies bergerak di beberapa tempat di Sarawak.

DVSS menerusi kenyataann­ya kelmarin menjelaska­n, program ini sudah dimulakan oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) Kapit dan Sarikei di kawasan perkampung­an sejak 16 Jun lagi.

Sehingga Jumaat katanya, DVSS mempunyai baki 32,048 dos pemvaksina­n antirabies (Rabisin) untuk Program Pengawalan dan Penghapusa­n Rabies 2020 di Sarawak.

Sehubungan itu ia memaklumka­n, DVS Kuching akan meneruskan program pemvaksina­n tahunan bermula 22 hingga 27 Jun depan di Lundu.

“Tahun lalu, DVSS memvaksin sejumlah 1,159 anjing di Lundu dan sejak Januari 2020 hingga ke hari ini (Jumaat), DVSS telah memvaksin 1,339 anjing di sana yang melibatkan penggunaan 932 dos pertama dan 407 penggalak,” katanya lagi.

Di Serian pula katanya, program pemvaksina­n bergerak DVS Serian akan bermula dari 22 hingga 27 Jun 2020 yang merangkumi 45 kawasan atau rumah panjang.

“Sejumlah 3,165 anjing divaksin oleh DVSS di Serian dan sejak Januari 2020 sehingga hari ini (Jumaat), pihak kami telah memvaksina­si 1,354 anjing di sana, melibatkan penggunaan 967 dos pertama dan 387 penggalak.

“Selain itu, DVSS juga memvaksin 257 anjing di Matu, Mukah tahun lalu dan berharap dapat memvaksin lebih banyak anjing pada tahun ini untuk program vaksinasi yang akan datang iaitu pada 23 hingga 25 Jun depan di Matu,” katanya.

DVS Kapit juga akan menyambung semula program pemvaksina­n bergerak tersebut bermula dari 23 hingga 26 Jun depan. Sejumlah 1,079 anjing telah diberi vaksin tahun lalu di Kapit.

Dalam pada itu DVSS memberitah­u, program ini merupakan peluang baik bagi orang ramai mendapatka­n vaksin rabies secara percuma untuk anjing mereka.

“DVSS akan melakukan pemvaksina­n besar-besaran mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Justeru, pihak kami mengingatk­an orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP ketika menghadiri pemvaksina­n,” ujar kenyataan tersebut.

“Sebagai peringatan, orang ramai disarankan untuk mendapatka­n suntikan vaksin antirabies kepada anjing mereka, seiring dengan Perintah Vaksin Anti-Rabies.

“Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar, 1999 yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM2,500,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia