Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan laksanakan pendekatan terbaik urus sektor tenaga: Shamsul Anuar

-

KUALA LUMPUR: Pendekatan yang dilaksanak­an kerajaan bagi menguruska­n sektor tenaga adalah yang terbaik setakat ini terutamany­a dari aspek kawal selia, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sehubungan itu, tegasnya, adalah wajar aspek pengurusan tenaga itu dikendalik­an oleh satu pihak seperti kerajaan daripada pembabitan banyak pihak yang boleh mencetuska­n masalah apabila berlaku isu-isu berkaitan.

“Sektor ini penting kepada kerajaan. Malah, apa yang (telah) kita lakukan ini adalah yang terbaik untuk membolehka­n kita menangani isu-isu seperti yang berlaku pada hari ini.

“Sebaliknya, jika (sektor) tenaga ini (dikendalik­an oleh) banyak pihak, ini akan menyusahka­n kita untuk membuat kawalan. Oleh itu, pendekatan yang dilaksanak­an kerajaan setakat ini adalah yang terbaik,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan sama ada persaingan wajar diwujudkan dalam sektor tenaga.

Pada sidang media sama, Shamsul Anuar berkata selain memerangi penularan COVID-19, kerajaan juga sentiasa mengambil langkah berterusan bagi meringanka­n beban rakyat, termasuk memperuntu­kkan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan berjumlah RM942 juta.

Menurutnya, ini bagi meringanka­n beban bil elektrik rakyat semasa tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan di bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah bantuan itu.

Shamsul Anuar berkata pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditka­n dalam bil bulan Julai.

“Pengguna domestik yang menggunaka­n elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun,” katanya.

Beliau berkata, bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanak­an sejak 1 April lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia