Utusan Borneo (Sabah)

KPKT teliti cadangan tabung khas bantu keluarga anggota JPBM

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti cadangan mewujudkan tabung bantuan pembiayaan bagi membantu keluarga kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang meninggal dunia ketika bertugas.

Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata, cadangan itu boleh dipertimba­ngkan sebagai usaha mengiktira­f dan menghargai sumbangan anggota petugas yang berkhidmat dengan agensi itu.

“Ia suatu idea yang boleh kita semak dan teliti mekanisme yang sesuai untuk membantu keluarga kepada anggota bomba yang maut dan sebagainya, ketika bertugas,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan kepada balu anggota bomba Allahyarha­m Baharudin Sapuan, Zetay Akhtar Muhamad di Dewan Kompleks Kuaters JPBM Cheras, semalam.

Allahyarha­m adalah anggota unit ‘Rapid Interventi­on

Motorcycle’ (RIM) Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur yang maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggang­nya terbabas ketika sesi latihan bersama pasukan di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Alor Gajah, Melaka pada 7 Jun lepas.

Yang turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JPBM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.

Dalam perkembang­an lain, Zuraida berkata pihak sekolah boleh memohon bantuan JPBM untuk melaksanak­an aktiviti sanitasi di sekolah susulan kebenaran pembukaan sekolah bagi pelajar kelas peperiksaa­n pada Rabu ini,

“KPKT dan JPBM harus membantu sekolah yang bakal dibuka ini dan pihak sekolah boleh memohon bantuan bomba. Kini beberapa sekolah telah meminta bantuan bomba untuk melaksanak­an sanitasi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERKESAN: Zuraida memberi kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarha­m Baharudin selepas Majlis Penyerahan Sumbangan di Dewan Kompleks Kuarters JBPM dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERKESAN: Zuraida memberi kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarha­m Baharudin selepas Majlis Penyerahan Sumbangan di Dewan Kompleks Kuarters JBPM dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia