Utusan Borneo (Sabah)

Langkawi SkyCab kembali beroperasi, tawar potongan harga tiket

-

LANGKAWI: Sektor pelanconga­n domestik di pulau bebas cukai ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dijangka kembali rancak apabila Langkawi SkyCab, antara produk pelanconga­n paling dikenali dan popular mula beroperasi semalam.

Sebaik dibuka semula, lebih 100 pengunjung sudah mula berpusu-pusu menaiki Langkawi SkyCab, antara sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubung­kan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchan­g yang tingginya 708 meter dari aras laut.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata pembukaan semula Langkawi SkyCab yang ditutup selama 94 hari itu turut memberi perhatian kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Langkawi SkyCab adalah satu produk ikonik pulau ini, pembukaan semula operasi selepas ditutup selama 94 hari amat dinanti-nantikan, Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) turut memperkena­lkan beberapa SOP pasca COVID-19 seperti memeriksa suhu badan dan menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung

“Selain itu hanya empat orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Pembukaan

Semula Langkawi SkyCab, di sini semalam.

Yang turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn Bhd, Ir Abu Hashim Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Hezri berkata hari pertama operasi semula Langkawi SkyCab menyaksika­n lebih 100 pengunjung mengambil peluang untuk menaiki sistem kereta kabel itu, petanda positif kepada sektor pelanconga­n domestik pulau ini. — Bernama

 ?? — Gaambar Bernama ?? BERPUSU-PUSU: Petugas Langkawi SkyCab memeriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenarkan untuk menaiki sistem kereta kabel tersebut ketika tinjauan Bernama di Langkawi, semalam.
— Gaambar Bernama BERPUSU-PUSU: Petugas Langkawi SkyCab memeriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenarkan untuk menaiki sistem kereta kabel tersebut ketika tinjauan Bernama di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia