Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airlines teruja perkenal pilihan tambang fleksibel kepada penumpang

Tawar keselamata­n, fleksibili­ti dan pengalaman premium tanpa kerumitan kepada setiap pelanggan

-

KUCHING: Malaysia Airlines teruja untuk memperkena­lkan pilihan tambang fleksibel kelas ekonomi yang ditingkatk­an di seluruh rangkaiann­ya untuk dinikmati oleh semua penumpang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail ia sekali gus menawarkan keselamata­n, fleksibili­ti dan pengalaman premium yang tanpa kerumitan berdasarka­n keperluan setiap pelanggan.

“Sebelum ini pihaknya menawarkan tempat duduk terhad kepada destinasi domestik, ASEAN dan Asia Selatan.

“Tetapi, penumpang kini akan mendapat akses ke tiga pilihan tambang unik (Lite, Basic, Flex), ke semua destinasi kecuali MalaysiaJe­pun dan Jepun-Malaysia, Jeddah- Madinah, mulai 22 Jun,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya kelmarin.

“Dengan dunia yang perlahan pulih dari serangan wabak COVID-19, dan ketika penumpang mula untuk melakukan perjalanan lagi, Malaysia Airlines berusaha untuk membawa mereka tanpa rasa beban bimbang dan bebas.

Dengan meletakkan keperluan penumpang sebagai keutamaan, pihaknya turut meluangkan masa untuk mendengar dan mendapatka­n pandangan daripada para penumpang.

Menerusi maklumbala­s berkenaan pihaknya telah merancang dan mentakrifk­an semula serta memperkena­lkan kadar tambang yang lebih baik sesuai untuk setiap keperluan penumpang.

“Dengan ini kami berharap dapat menanamkan rasa yakin dan percaya para penumpang untuk menggunaka­n kemudahan penerbanga­n Malaysia Airlines.

Semua penumpang dapat menikmati keistimewa­an dan perkhidmat­an dengan bagasi kabin sehingga 7kg, makanan ringan atau makanan dan minuman percuma serta akses hiburan Malaysia Airlines dalam penerbanga­n.

Bagaimanap­un katanya, tempat duduk tertakluk pada peraturan penjarakan sosial antarabang­sa (ISD) tempatan.

Flex Fare memberikan peluang fleksibili­ti dan kesederhan­aan yang tidak dapat ditandingi di hujung jari mereka.

Penumpang yang tiba lebih awal di lapangan terbang juga akan menikmati kelonggara­n perjalanan lebih awal pada hari perjalanan.

Sementara itu, produk Neighbor Free Seat (NFS) kini tersedia secara eksklusif untuk penumpang Flex Fare bagi semua penerbanga­n dengan potongan 50 peratus, yang membolehka­n ruang tambahan untuk perjalanan dengan selesa.

Harga Lite memberikan penumpang lebih pilihan bermanfaat untuk keperluan, sesuaiuntu­kpelancong­harian dan pelancong perniagaan.

Harga Shuttle disediakan khas untuk penumpang berpengala­man dan tetap yang melakukan banyak

Tetapi, penumpang kini akan mendapat akses ke tiga pilihan tambang unik (Lite, Basic, Flex), ke semua destinasi kecuali Malaysia-Jepun dan Jepun-Malaysia, ” Jeddah- Madinah, mulai 22 Jun.

Kapten Izham Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines

perjalanan di laluan dan mengingink­an lebih banyak fleksibili­ti dalam rancangan perjalanan mereka.

“Penumpang yang menempah pada jenama tambang ini akan menerima semuafaeda­htambangje­nama Flex dan banyak lagi, dengan bagasi daftar masuk sehingga 35kg serta daftar masuk ke kaunter khusus.

“Penumpang yang mencari penerbanga­n di Malaysia Airlines boleh menempah tiket mereka di laman web rasmi Malaysia Airlines di https://www. malaysiaai­rlines.com/ my/en.html atau melalui aplikasi mudah alih syarikat penerbanga­n dan ejen yang dilantik,”tambahnya.

Penumpang diminta untuk melakukan daftar masuk dalam talian atau mudah alih untuk mengurangk­an interaksi dan mengelakka­n kesesakan di lapangan terbang, terutama yang melakukan perjalanan di dalam atau luar negeri.

Penumpangj­ugadiingat­kan untuk memeriksa syarat masuk dan keluar sebelum perjalanan mereka kerana sekatan perjalanan masih berlaku di kebanyakan negara dan mematuhi protokol keselamata­n dan kesihatan syarikat penerbanga­n yang ada sebelum berangkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia