Utusan Borneo (Sabah)

Skim harga maksimum ayam standard dilaksana jika perlu: Nanta

-

BUTTERWORT­H: Kerajaan tidak akan teragakaga­k untuk melaksanak­an skim harga maksimum bagi ayam standard sekiranya masih berlaku kenaikan harga secara mendadak.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya akan menetapkan harga siling bagi ayam standard sama seperti yang dilaksanak­an ketika musim perayaan sekiranya ada keperluan.

“Pagi tadi (semalam) saya melawat pasar berdekatan dan sempat berbual dengan peniagaaya­m.Memangdiak­ui ada kenaikan harga ayam hampir 40 peratus dan pihak kami ada menerima aduan daripadape­ngguna.Jadi,kami di kementeria­n khususnya pihak penguatkua­saan telah membuat pemantauan.

“Pada peringkat awal, kami memberi amaran dulu dan memberitah­u jangan jual dengan harga yang begitu tinggi. Kami dapat maklumat mungkin pihak pemborong danpentern­akyangmena­ikkan harga ayam ini.

“Peniaga ayam tak ada ruang untuk mendapat keuntungan pun kerana harga yang dibekalkan kepada mereka itu tinggi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke MSM Prai Berhad, di sini semalam.

Beliau berkata difahamkan ada peniaga yang menjual ayam pada harga antara RM10 dan RM11 sekilogram, berbanding RM7.50 ditetapkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa baru-baru ini.

Nanta berkata buat masa ini pihaknya tidak meletakkan hargasilin­gbagiayams­tandard memandangk­an musim perayaan sudah berakhir, namun memaklumka­n perkara itu akan disiasat.

Sementara itu, Nanta turut menasihatk­an penternak supaya menjual ayam secara terus kepada peniaga bagi mengelak kenaikan harga ayam secara mendadak.

“Kita dapati penternak menjual ayam kepada anakanak syarikat mereka atau pemborongd­andarisini­mereka menaikkan harga. Penternak boleh jual secara terus kepada peniaga kecil untuk bantu mereka, jangan semua dijual kepada pemborong,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia