Utusan Borneo (Sabah)

IPD Wangsa Maju nadi keselamata­n kedutaan asing

-

KUALA LUMPUR: Keakraban Malaysia dengan negara luar memang tidak boleh disangkal lagi dan ia dibuktikan dengan adanya 103 kedutaan asing yang dibuka di negara ini.

Menjadikan ibu negara sebagai lokasi kedutaan antarabang­sa di Malaysia, semestinya tahap keselamata­n setiap kedutaan menjadi tonggak utama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Daripada jumlah keseluruha­n kedutaan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju merupakan ‘watak’ penting yang dipertangg­ungjawabka­n mengurus kawalan keselamata­n di 52 pejabat kedutaan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata pihaknya akan sentiasa memastikan keselamata­n setiap kedutaan di daerah itu terpelihar­a.

“Selain 52 pejabat kedutaan, kami turut memantau 54 rumah duta dan aset kepentinga­n kedutaan yang berada di bawah kawasan IPD Wangsa Maju.

“Selain meletakkan balai polis bergerak di hadapan kedutaan, terdapat unit peronda khas yang akan memantau setiap kedutaan selama 24 jam. Ini penting kerana ia mencermink­an imej negara yang sentiasa menitikber­atkan keselamata­n di setiap kedutaan di negara ini,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Rajab berkata sepanjang tahun lepas, hanya satu kes ancaman keselamata­n di kawasan kedutaan di rekodkan di Malaysia.

“Pada Ogos tahun lepas, sebuah kedutaan menyatakan terdapat ancaman bom daripada individu tidak dikenali. Namun tiada sebarang objek ditemui di sekitar kawasan tersebut.

“Namun, kita banyak menguruska­n kawalan keselamata­n terhadap kedutaan negara besar apabila terdapat kumpulan yang ingin melakukan protes dan penyerahan memorandum kepada kedutaan berkenaan,” katanya.

Selain premis kedutaan, Rajab berkata pihaknya juga sentiasa memastikan keselamata­n lebih 300,000 penduduk di daerah Wangsa Maju tidak diabaikan.

Antara kawasan tumpuan IPD Wangsa Maju ialah sekitar Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Keramat, Taman Melati, Wangsa Maju,

Setiawangs­a, Melawati, Pudu dan Kampung Pandan.

“Daerah Wangsa Maju pesat membangun, ini dapat dilihat dengan adanya pusat pengajian, kawasan kediaman baharu dan pusat membeli-belah. Fasiliti dan kemudahan seperti itu secara tidak langsung menarik lebih ramai masyarakat untuk tinggal di kawasan ini.

“Pelbagaius­ahapencega­han jenayah dan rondaan dilaksanak­an bersama komuniti setempat dan kadar jenayah dilihat semakin menurun,” katanya.

Bagi memastikan aspek keselamata­n di setiap kedutaan dan penduduk Wangsa Maju berada pada tahap optimum, Rajab berharap pimpinan tertinggi PDRM dapat menambah bilangan petugas di IPD Wangsa Maju yang kini berjumlah 730 anggota. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU RAMAH: Rajab ketika ditemui pada temu ramah eksklusif bersama Bernama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
— Gambar Bernama TEMU RAMAH: Rajab ketika ditemui pada temu ramah eksklusif bersama Bernama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia