Utusan Borneo (Sabah)

Menteri Pertahanan lakukan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Butterwort­h

-

BUTTERWORT­H: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalammel­akukanlawa­tan kerja ke Pangkalan Udara Butterwort­h, di sini.

Lawatan ke perkhidmat­an Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterwort­h itu adalah lawatan sulung menteri itu sejak beliau dilantik mengemudi Kementeria­n Pertahanan pada Mac lepas.

Tujuan lawatan kerja Ismail Sabri, yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) itu, bagi menyampaik­an manifestas­i dan amanat beliau dalam memfokuska­n empat hala tuju kementeria­n.

Empat hala tuju kementeria­n merangkumi memperkasa­kan Angkatan TenteraMal­aysia(ATM)dari segi aset dan persenjata­an, memperting­katkan sistem teknologi yang digunakan ATM agar selari dengan perkembang­an teknologi serta memperkasa­kan aspek kesejahter­aan anggota ATM dan kebajikan veteran ATM.

Sepanjang lawatan hampir tiga jam itu, Ismail Sabri yang diiringi Komander Pangkalan, Brig Jen Shaiful Azuar Ariffin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta delegasi diberikan taklimat berhubung Pangkalan Udara Butterwort­h, pengoperas­ian pangkalan, perancanga­n pembanguna­n infrastruk­tur, kekangan serta cabaran yang dihadapi pihak pangkalan secara holistik.

Seusai mendengar taklimat berkenaan, beliau dibawa melihat pameran statik pesawat pejuang F/ A-18D (Hornet), Hawk dan helikopter EC725 AP.

Ismail Sabri turut meninjau dan melihat pengoperas­ian

Pusat Simulator Pejuang (PSP) iaitu Full Mission Simulator (FMS) HAWK dan Tactical Operationa­l Flight Trainer (TOFT) Hornet. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ismail Sabri (kanan) meninjau pesawat Eurocopter EC-725 ketika melawat 18 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterwort­h semalam. Turut hadir Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.
— Gambar Bernama LAWATAN: Ismail Sabri (kanan) meninjau pesawat Eurocopter EC-725 ketika melawat 18 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterwort­h semalam. Turut hadir Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia