Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Mexico tangguh buka semula ekonomi seminggu lagi

-

BANDAR MEXICO: Pihak berkuasa di Bandar Mexico kelmarin mengumumka­n mereka akan menangguhk­an rancangan untuk membuka semula ekonomi kepada seminggu lagi bagi memberikan lebih banyak masa untuk jumlah jangkitan COVID-19 menurun.

Mexico telah menggunaka­n sistem “lampu isyarat” untuk membuka semula ekonominya secara berperingk­at, bergantung kepada penyebaran virus.

“Bandar akan kekal pada peringkat lampu merah untuk minggu depan, dalam peralihan kepada jingga. Aktiviti yang kami telah umumkan... tidak dapat dibuka, kami akan menunggu sehingga jangkitan berkuranga­n,” kata datuk bandar Claudia Sheinbaum.

Pasar, restoran, pusat belibelah, hotel dan rumah ibadat akan terus ditutup bagi minggu tersebut.

Bagaimanap­un industri automobil, perlombong­an dan pembinaan, termasuk pengeluara­n bir, boleh meneruskan operasi.

Bandar Mexico, kediaman bagi sembilan juta orang, telah menggunaka­n penghunian hospital untuk menentukan paras amaran.

Sehingga Jumaat mereka mempunyai hanya lebih 4,200 orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID19, menurut datuk bandar, meletakkan penghunian pada 65 peratus.

“Ketika jumlah orang yang dimasukkan ke hospital telah menurun, (kadar hospitalis­asi) masih belum berkuranga­n” secepat yang diharapkan, kata Sheinbaum.

Sehingga Khamis, Mexico telah merekodkan 19,700 kematian COVID-19 dan 165,000 kes di kalangan populasi seramai 127 juta orang.

Negara itu mendaftark­an peningkata­n paling besar dalam kes baharu pada Khamis lepas dengan lebih 5,600 sepanjang tempoh 24 jam.

Bandar Mexico, kawasan yang terjejas dengan teruk, telah melaporkan lebih 5,000 kematian dan 40,000 kes.

Bank Pusat di Mexico meramalkan ekonomi akan merosot sebanyak 8.8 peratus pada 2020. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia