Utusan Borneo (Sabah)

Brazil melepasi sejuta kes COVID-19

Kini angka keseluruha­n jangkitan di Brazil adalah 1,032,913 dan 48,954 kematian

- — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Brazil telah melepasi aras penanda malap dengan sejuta kes COVID-19 kelmarin, melaporkan satu jumlah rekod baharu dalam sehari bagi jangkitan ketika pandemik tersebut terus merebak di negara terbesar di Amerika Latin itu.

Pihak kementeria­n kesihatan menyatakan ia telah merekodkan 54,771 jangkitan baharu, satu peningkata­n yang menurutnya adalah kebanyakan berpunca daripada “ketidaksta­bilan” dalam sistem laporannya sepanjang minggu, yang bermakna beberapa negeri telah melaporkan jumlah untuk beberapa hari sekali gus.

Itu membawa kepada angka keseluruha­n jangkitan di Brazil sehingga 1,032,913, dengan 48,954 kematian – berada di tempat kedua di belakang Amerika Syarikat.

Pakar berkata kurang menjalani saringan bermakna angka sebenar adalah kemungkina­n jauh lebih tinggi.

Di sebalik angka yang tidak jelas, lengkungan jangkitan di Brazil akhirnya menunjukka­n petanda untuk mendatar.

Namun negara yang mempunyai 212 juta penduduk itu telah muncul sebagai salah satu kawasan tumpuan paling membimbang­kan bagi pandemik tersebut.

Sejak awal Jun, ia telah menyenarai­kan jangkitan baharu dan kematian paling banyak dari mana-mana negara di dunia, menurut kiraan AFP berdasarka­n kepada jumlah rasmi – lebih daripada 518,000 dan 19,000, bagi setiap satunya.

Ia telah merekodkan angka kematian harian sebanyak lebih 1,000 bagi setiap hari sejak empat hari lepas.

Brazil telah bergelut untuk membentuk satu strategi bagi menangani pandemik itu.

Presiden Jair Bolsonaro, yang menjadi terkenal kerana membanding­kan virus dengan “selesema biasa”, telah bertengkar dengan pihak berkuasa negeri dan tempatan mengenai penggunaan langkah duduk di rumah dan penutupan perniagaan untuk mengawalny­a.

Beliau menegaskan strategi itu akan menjejaska­n ekonomi, yang diramalkan oleh Bank Dunia bahawa akan mempunyai rekod kemerosota­n sebanyak lapan peratus pada tahun ini. — AFP

 ??  ?? RINDU: Suzane Valverde (kiri) memeluk ibunya Carmelita Valverde yang berusia 85 tahun menerusi sekeping tirai plastik di rumah penjagaan orang tua di Sao Paulo, Brazil pada 13 Jun di tengahteng­ah kes jangkitan COVID-19 dilaporkan semakin meningkat di negara tersebut.
RINDU: Suzane Valverde (kiri) memeluk ibunya Carmelita Valverde yang berusia 85 tahun menerusi sekeping tirai plastik di rumah penjagaan orang tua di Sao Paulo, Brazil pada 13 Jun di tengahteng­ah kes jangkitan COVID-19 dilaporkan semakin meningkat di negara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia