Utusan Borneo (Sabah)

Skandal bekalan perubatan COVID-19, menteri kesihatan Zimbabwe diberkas

-

HARARE: Menteri kesihatan Zimbabwe Obadiah Moyo ditangkap kelmarin atas tuduhan rasuah berkaitan dengan bekalan bahan perubatan untuk memerangi pandemik COVID-19, menurut agensi antirasuah.

Dia ditahan di balai polis Harare dan dijangka hadir di mahkamah semalam.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa menteri kesihatan dan kebajikan kanak-kanak telah ditangkap dan sedang ditahan di balai polis Rhodesvill­e,” John Makamure, jurucakap Suruhanjay­a AntiRasuah Zimbabwe, memberitah­u AFP.

“Ia adalah berkaitan dengan pembelian peralatan untuk COVID-19,” katanya.

Kerajaan tidak segera memberikan komen mengenai tangkapan, yang berlaku sehari selepas pembangkan­g utama di negara itu mengecam kegiatan rasuah di negara berikutan kecurigaan mengenai pembayaran sejumlah AS$2 juta kepada sebuah syarikat perubatan yang dikontrakk­an untuk menyediaka­n peralatan antiCOVID-19.

Harare berdepan kecaman kerana memberikan kontrak kepada syarikat Drax Consult SAGL yang baharu berusia dua bulan untuk membekalka­n ubat-ubatan, peralatan perlindung­an peribadi dan kit ujian COVID-19 bernilai AS$20 juta.

Perjanjian itu dikatakan telah ditandatan­gani tanpa kebenaran perundanga­n dari pihak berkuasa pendaftara­n perolehan di Zimbabwe.

Pada Mac, pihak berkuasa di Hungary – di mana Drax Consult SAGL telah didaftarka­n – menunjukka­n satu deposit sebanyak AS$2 juta yang mencurigak­an ke dalam akaun syarikat, mencetuska­n kemarahan parti pembangkan­g Pergerakan untuk Perubahan Demokratik.

Media tempatan pada minggu lepas melaporkan penangkapa­n ahli perniagaan Delish Nguwaya, dipercayai sebagai wakil tempatan Drax, berhubung dengan kes yang sama.

Pada minggu lepas kerajaan telah mengarahka­n pembatalan semua kontrak untuk pembekalan ubat-ubatan dan barangan lain oleh Drax, lapor akhbar Herald.

Negara itu telah mencatatka­n 479 kes jangkitan COVID-19 dan empat kematian, walaupun angka tersebut dipercayai lebih rendah disebabkan kekurangan ujian saringan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia