Utusan Borneo (Sabah)

Hakim Iran dalam pelarian ditemui mati di Romania

- — Gambar AFP

BUCHAREST: Seorang hakim Iran yang dalam pelarian diburu oleh Tehran atas tuduhan melibatkan rasuah telah ditemui meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh dari sebuah bilik hotel di Bucharest, kata polis Romania kelmarin.

Polis berkata satu siasatan sedang dijalankan selepas seorang rakyat asing berusia 52 tahun, yang mereka kenal pasti sebagai Gholamreza Mansouri, telah dijumpai pada awal tengah hari.

Punca kematianny­a masih belum jelas, namun petunjuk awal oleh penyiasat adalah tindakan bunuh diri, menurut sumber polis.

Mansouri telah ditangkap pada minggu lepas di ibu kota Romania namun kemudian ditempatka­n di bawah kawalan kehakiman, bermakna dia dilarang dari meninggalk­an negara dan harus sering melaporkan diri kepada pihak polis. Mansouri dijangka hadir di mahkamah Romania pada 10 Julai berkaitan dengan permohonan ekstradisi Iran.

Mansouri dikehendak­i di tanah airnya berkaitan dengan kegiatan rasuah dalam sistem kehakiman di negara tersebut di sebalik laporan dia menerima 500,000 euro dalam bentuk rasuah.

Sementara itu Reporters Without Borders menuduh Mansouri melakukan penyeksaan dan jenayah terhadap kemanusiaa­n selepas penahanan 20 wartawan di Iran pada 2013.

Kumpulan pendesak memfailkan satu aduan dengan pejabat pendakwa raya umum di Karlsruhe, Jerman, pada 12 Jun.

Kumpulan itu menyatakan pada masa itu ia mempercaya­i Mansouri “mungkin berada di Jerman untuk rawatan perubatan” dan menuntut “penangkapa­nnya dengan segera”.

Kumpulan pembangkan­g dalam buangan, People’s Mujahedeen Organizati­on of Iran (PMOI/MEK) memberikan reaksi dengan menyatakan kematian Mansouri “benarbenar mencurigak­an”.

“Pihak rejim berasa sangat bimbang bahawa jika perbicaraa­n diadakan, Mansouri akan mendedahka­n perkara yang sebaliknya menjejaska­n pihak mullah,” jurucakap Shahin Gobadi memberitah­u AFP. — AFP

 ??  ?? DITEMUI MATI: Pegawai forensik mengangkat mayat hakim Iran Gholamreza Mansouri yang ditemui mati di sebuah hotel di Bucharest, Romania kelmarin.
DITEMUI MATI: Pegawai forensik mengangkat mayat hakim Iran Gholamreza Mansouri yang ditemui mati di sebuah hotel di Bucharest, Romania kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia