Utusan Borneo (Sabah)

Komposer Perancis Jarre adakan konsert ‘avatar’ pertama dunia

-

LEGENDA muzik elektronik dari Perancis, Jean-Michel Jarre, memberitah­u AFP barubaru ini bahawa dia akan mengadakan konsert “avatar” pertama di dunia – “seperti di dalam ‘The Matrix’”.

Bintang veteran itu akan membuat persembaha­n secara langsung pada Ahad (hari ini) dalam alam maya yang dicipta untuk Festival Muzik pada pertengaha­n musim panas di Perancis di mana dia akan disertai “audiens sebagai avatar yang akan diserapkan sepenuhnya” ke dalam dunia muzikalnya.

Jarre berkata konsert itu adalah satu langkah ke depan berbanding konsert sekatan pergerakan yang diadakan oleh penyanyi rap dari Amerika Syarikat Travis Scotta di dalam permainan penembak Fortnite pada April lalu, yang ditontoni lebih 12 juta pemain.

“Segalanya akan dibuat secara langsung,” kata Jarre kepada AFP, sedangkan dengan “Fortnite, ia telah dirakamkan terlebih dahulu dalam alam yang sudah wujud.

“Di sini, ia adalah penyerapan sepenuhnya dalam ruang yang akan kami wujudkan secara langsung, seperti dalam ‘The Matrix’,” katanya, yang merujuk kepada filem sains fiksyen yang disukai ramai pada 1999.

Pemuzik berusia 71 tahun itu berkata konsert itu akan memakan masa 45 minit dan berjanji “interaksi akan diadakan dengan orang ramai. Ia terpulang kepada kita sebagai artis untuk mencipta”, kata perintis elektronik itu yang telah mengeluark­an album ‘Oxygene’ pada 1976 yang menjadi hit antarabang­sa, dengan jualan melebihi 1.75 juta keping di Perancis sahaja.

Konsert yang dipanggil ‘Alone Together’ akan distrim secara percuma dalam realiti yang dipertingk­atkan pada jam 9.00 malam Ahad waktu Paris atas semua platform utama berkat bantuan dari kementeria­n kebudayaan Perancis.

Ia juga dapat ditontoni dalam laman sesawang Jarre dan laman sesawang syarikat pemula Perancis yang membantu menciptany­a, VRrOOm.

Jarre, yang juga merupakan ketua Konfederas­i PersatuanP­ersatuan Penulis dan Komposer Antarabang­sa, berkata pemuzik mengalami masalah di seluruh dunia dan “kita perlu berhenti berfikir bahawa muzik adalah percuma seperti udara yang kita hirup”.

Dia berkata platform penstriman “merupakan satu-satunya golongan yang telah mengaut keuntungan sewaktu sekatan pergerakan dari virus sekarang” manakala penghibur pula menderita.

Sementara pemuzik itu bangga dengan dirinya sebagai ‘nabi’ teknologi, dia berkata “realiti yang dipertingk­atkan tidak akan dapat menggantik­an tempat konsert secara langsung, tetapi ia dapat melengkapi­nya”.

“Anda dapat membanding­kannya dengan teater ketika ketibaan pawagam,” kata Jarre. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia