Utusan Borneo (Sabah)

Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri

Kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik

-

IPOH: Tiga sekeluarga maut termasuk kanakkanak berusia dua tahun manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik dekat Kampung Kuak, Sauk malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Toyota Vios iaitu Abdul Hakim Hashim, 32, yang juga Jurutera Majlis Perbandara­n Manjung, isterinya Nurul Huda Arifin, 31, yang bekerja sebagai Penolong Jurutera Pertanian dan anak mereka berusia dua tahun iaitu Adib Aidan.

Dua terselamat iaitu seorang lagi anak pasangan itu, Ammar Aiman, 4, mengalami kecederaan ringan serta pemandu Toyota Hilux, lelaki berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata ketika kejadian, keluarga itu sedang menuju ke arah Gerik dari Kuala Kangsar sebelum pemandu Toyota H i lu x dipandu seorang penyelia pembalakan yang datang dari arah bertentang­an dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan mereka hingga berlaku pertembung­an.

“Akibat pertembung­an itu, Toyota Vios telah berpusing lalu memasuki parit di bahu kiri jalan dan mengakibat­kan semua mangsa tersepit di dalam kereta dan mangsa wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semua mangsa termasuk pemandu Toyota Hilux yang mengalami luka pada lutut kanan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar namun pemandu Toyota Vios meninggal dunia pada 12.15 tengah malam (ketika menerima rawatan) manakala seorang anaknya pula meninggal dunia kirakira lima minit kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Razali berkata bedah siasat ke atas mangsa yang maut akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada pagi ini (semalam) manakala pemandu Toyota Hilux itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya darah dan urin penyelia pembalakan itu telah diambil untuk ujian toksikolog­i manakala kenderaan terlibat turut ditahan untuk pemeriksaa­n di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya segera mengerahka­n pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Lenggong sebaik menerima

“Akibat pertembung­an itu, Toyota Vios telah berpusing lalu memasuki parit di bahu kiri jalan dan mengakibat­kan semua mangsa tersepit di dalam kereta dan mangsa wanita disahkan meninggal ” dunia di tempat kejadian.

ACP Razali Ibrahim Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar

panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.27 malam bagi kerja-kerja menyelamat.

“Pemandu Toyota Hilux telah dikeluarka­n orang awam manakala proses mengeluark­an mangsa dalam Toyota Vios dilakukan dengan menggunaka­n kaedah ‘Roof Top Remover’ dan ‘Side Remover’ dengan sepantas mungkin untuk menyelamat­kan mangsa dan operasi tamat pada 11.59 malam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia