Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Ia melibatkan pertanding­an antara Mohd Sharim (BN), dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham dan Mohd Shukri

- ZAINUL

“Saya telah menyemak kertaskert­as penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan.

Datuk Zaliza Zulkipli Pegawai Pengurus Pilihan Raya

PEKAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Ia melibatkan pertanding­an antara Mohd Sharim Md Zain, 41, yang mewakili BN, dan dua calon Bebas iaitu ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza Zulkipli kira-kira jam 10.30 pagi, selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini ditutup jam 10 pagi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya ketika mengumumka­n nama-nama calon.

Tengku Zainul Hisham yang menggunaka­n simbol rumah menjadi individu pertama mengemukak­an borang pencalonan tepat jam 9.00 pagi.

Mohd Sharim, generasi kedua FELDA Chini, yang juga Pengerusi Majlis Belia

FELDA Wilayah Kuantan, menjadi individu kedua mengemukak­an borang pencalonan pada jam 9.01 pagi bagi mempertaha­nkan kerusi DUN BN itu.

Bagi mengambil semangat Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS, pencalonan Mohd Sharim disokong Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Mohd

Fadhil Noor Abdul Karim, yang juga calon PAS yang tewas bertanding di kerusi itu kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mohd Shukri, yang juga seorang penulis blog, menggunaka­n simbol kunci dan mengemukak­an borang pencalonan pada 9.04 pagi.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan 30 Jun sebagai tarikh pengundian awal.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandang­nya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004.

Pada PRU14, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan Mohd Fadhil Noor (PAS) yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi. — Bernama

 ??  ?? MOHD SHUKRI
MOHD SHUKRI
 ??  ?? MOHD SHARIM
MOHD SHARIM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia