Utusan Borneo (Sabah)

SPR tubuh tiga pasukan penguat kuasa pantau aktiviti kempen PRK Chini

-

PEKAN: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menubuhkan tiga Pasukan Penguatkua­sa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang akan memantau aktiviti sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Pengerusin­ya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, penubuhan pasukan membabitka­n wakil parti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPR itu selaras dengan Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta pematuhan terhadap garis panduan pencegahan COVID-19.

Pemantauan dan penguatkua­saan bermula dari sekarang hingga jam 11.59 malam pada 3 Julai.

“Ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya pada sidang media selepas tamat proses penamaan calon PRK DUN Chini di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini, semalam.

Beliau berkata, PP-KPR antara lain memiliki kuasa menurunkan bahan kempen yang berunsur negatif atau melanggar peruntukan undang-undang pilihan raya.

“Pada PRK kali ini, SPR membuat penambahba­ikan seperti mengurangk­an bilangan pengundi daripada 600 pengundi kepada 400 pengundi sahaja (di setiap saluran) dan memaklumka­n kepada pengundi untuk pergi mengundi pada waktu yang digalakkan sepertiman­a tercatat pada kad pengundi bagi mengelakka­n kesesakan.

“Selain itu, kita akan memastikan jarak sosial dapat dilaksanak­an di samping garis panduan pencegahan wabak COVID-19 juga dikuatkuas­akan di pusat-pusat mengundi dan pusat penjumlaha­n rasmi undi nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, ujarnya apa jua bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandung­i nama dan alamat pencetak dan penerbitny­a kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon bertanding.

Dalam pada itu, Azhar berkata secara keseluruha­n SPR berpuas hati dengan perjalanan penamaan calon semalam dan menjangkak­an kira-kira 70 peratus pemilih akan mengundi pada hari pengundian 4 Julai nanti.

Mengenai penghantar­an Kad Pengundi yang mengandung­i maklumat daftar pemilih seperti pusat mengundi, saluran, bilangan dan masa mengundi, Azhar berkata pihaknya telah selesai mengedarka­n kepada keseluruha­n 20,990 pengundi DUN Chini.

Beliau turut berkata, SPR melantik 32 pemerhati pilihan raya dari 10 organisasi membabitka­n agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan tiga individu berkelayak­an untuk memantau perjalanan pilihan raya kali ini.

Beliau juga mengingatk­an calon yang bertanding agar sentiasa mematuhi peraturan dan SOP sepanjang tempoh berkempen, termasuk mendapatka­n permit polis bagi setiap ceramah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PENERANGAN: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza (tengah) memberi penerangan kepada Mohd Sharim dan dua calon Bebas, Mohd Shukri dan Zainul ketika diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di Pekan, semalam.
— Gambar Bernama BERI PENERANGAN: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza (tengah) memberi penerangan kepada Mohd Sharim dan dua calon Bebas, Mohd Shukri dan Zainul ketika diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia