Utusan Borneo (Sabah)

PRK Chini: Isu masyarakat, alam sekitar jadi fokus kempen calon Bebas

-

PEKAN: Isu alam sekitar dan masyarakat setempat menjadi antara fokus utama dua calon Bebas dalam kempen mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang bermula semalam.

Kedua-dua calon Bebas itu, aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, dan ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, berharap dua isu berkenaan diberikan perhatian ‘di peringkat atasan’.

Bagi Mohd Shukri, beliau mahu mengetenga­hkan masalah kemiskinan, pencemaran dan lambakan pendatang asing di Chini dalam kempennya pada PRK ini.

“Isu sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu sebab saya sememangny­a memperjuan­gkan isu-isu kemasyarak­atan dan alam sekitar, bukan sahaja di kawasan Chini malah di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga seorang penulis blog menyifatka­n keputusann­ya untuk bertanding dibuat pada saat-saat akhir selepas mengambil kira maklum balas penduduk DUN Chini.

“Kami ambil masa berbincang sampai jam 4 pagi tadi (semalam) sebelum mengambil keputusan bertanding... tapi saya telah pun buat persiapan sebelum ini,” katanya.

Mohd Shukri yang menggunaka­n simbol kunci dan membawa slogan ‘Bebas Beri Mandat, Rakyat Dapat Nikmat’ tiba di pekarangan IKBN Pekan pada 8.35 pagi ditemani Sahilawati Hassan, 39, sebagai penyokong manakala pencadangn­ya ialah Noor Azhar Mohd Sharudi, 46.

Sementara itu, Tengku Zainul Hisham berkata beliau menggunaka­n kempen PRK kali ini bagi mendapat input mengenai masalah yang melanda masyarakat di kawasan Chini bagi membolehka­n beliau membantu menyelesai­kan masalah mereka.

Pesara polis yang menggunaka­n simbol rumah dan membawa slogan ‘Menjadi Suara Rakyat Chini’ itu berkata beliau akan turun membuat tinjauan dan lawatan dari rumah ke rumah sebagai kaedah kempennya, bagi mendapatka­n input itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang isu yang spesifik untuk diketengah­kan tetapi saya akan membawa segala rintihan dan masalah masyarakat Chini kepada pihak atasan bagi diselesaik­an,” katanya.

Tengku Zainul Hisham tiba di IKBN Pekan pada 8.36 pagi bersama Muhammad Ibrahim, 65, dan Hussain Mat Isa, 63, yang masing-masing bertindak sebagai penyokong dan pencadangn­ya.

PRK DUN Chini pada 4 Julai ini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Tengku Zainul Hisham, Mohd Shukri dancalonBa­risanNasio­nal(BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, bagi merebut kekosongan kerusi DUN Chini yang ditinggalk­an penyandang­nya, Allahyarha­m Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas, Abu Bakar mempertaha­nkan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain daripada PKR (1,065). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia