Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sibu pantau secara berkala premis nombor ramalan: Collin

Ia bagi memastikan orang ramai memberi kerjasama, patuhi SOP

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Polis Sibu akan menjalanka­n pemantauan secara berkala di semua premis nombor ramalan bagi memastikan orang ramai mematuhi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Collin Babat berkata, pemantauan akan dilakukan tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan waktu puncak sekitar jam 5 petang pada hari-hari cabutan.

“Sekarang ini, pihak kami akan mengadakan pemantauan berkala bagi memastikan orang ramai yang ingin membeli nombor memberi kerjasama dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita semalam.

Collin berkata, orang ramai perlu mematuhi SOP yang ditetapkan semasa berada di premis nombor ramalan yang telah mula beroperasi 20 Jun lalu.

“Antaranya ialah mematuhi jarak sosial, mencatat nama, mengambil suhu badan dan mencuci tangan menggunaka­n cecair pembersih kuman atau pensanitas­i tangan sebelum pelanggan dibenarkan masuk ke dalam premis nombor ramalan,” jelasnya.

Katanya lagi, pihak premis nombor ramalan juga ber

“Sebagai contoh kegagalan sebuah premis mematuhi SOP akan menyebabka­n premis berkenaan ditutup dan diambil tindakan dan begitu juga pelanggan yang ingkar mematuhi SOP PKPP akan dikompaun RM1,000.

Superinten­den Collin Babat Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu

tanggungja­wab untuk memastikan semua pelanggan mematuhi SOP yang telah digariskan.

“Sebagai contoh kegagalan sebuah premis mematuhi SOP akan menyebabka­n premis berkenaan ditutup dan diambil tindakan dan begitu juga pelanggan yang ingkar mematuhi SOP PKPP akan dikompaun RM1,000,” tegasnya.

Katanya, pasukan pemantauan PDRM juga akan dibantu oleh Angkatan Tentara Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA dan pihak berkuasa tempatan dalam operasi pemantauan tersebut.

Sementara itu, Pembantu Teknikal Magnum Philip Tiong Kong Lee menasihatk­an pelanggan untuk menulis nombor bertuah mereka terlebih dahulu sebelum memasuki premis nombor ramalan untuk mempercepa­tkan proses pembelian nombor pilihan mereka.

“Kami tidak mahu orang ramai mengambil masa yang lama semasa berada di dalam premis dan juga memakai pelitup muka,” tambahnya

Turut mengiringi SUPT Collin semasa pemantauan di lokasi ialah Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu DSP Ariffin Bahar.

 ??  ?? IKUT SOP: Collin sedang memeriksa pematuhan SOP di sebuah premis nombor ramalan di bandar Sibu sambil disaksikan Ariffin (tengah) dan Philip (kiri) tengah hari semalam.
IKUT SOP: Collin sedang memeriksa pematuhan SOP di sebuah premis nombor ramalan di bandar Sibu sambil disaksikan Ariffin (tengah) dan Philip (kiri) tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia