Utusan Borneo (Sabah)

Tiga syarikat berkaitan minyak, gas santuni mangsa kebakaran

-

MIRI: Nasib mangsa kebakaran rumah panjang di Long Selaan baru-baru ini terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di sini.

Terbaharu, tiga syarikat berkaitan minyak dan gas iaitu Daya Secadyme Sendirian Berhad, Petrotechn­ical Inspection (M) Sendirian Berhad dan Clariant Oil Services (M) Sendirian Berhad menyampaik­an bantuan tong gas dan dapur memasak.

Sumbangan itu disampaika­n oleh wakil dari syarikat masing-masing iaitu Awang Ehsan Awang Tinggal, Bobby Abdulllah dan Mohamad L Masludin Syah B Syamsuri.

Selain itu, Clariant Oil Services turut menyampaik­an sumbangan wang tunai.

Sumbangan tersebut disampaika­n kepada Ketua Kaum Peter Tinggang Lalo mewakili penduduk rumah panjang disaksikan oleh wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat N.78 Mulu di sini, semalam.

Sumbangan itu dianjurkan oleh Petronita (Persatuan Wanita Petronas Carigali Miri).

Turut memberikan derma berbentuk peralatan memasak ialah Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.78 Mulu.

Sumbangan itu disampaika­n oleh Ketua Wanitanya, Datin Sri Mariam Balan.

Sementara itu, Gerawat berterima kasih kepada individu, organisasi dan pihak yang bermurah hati memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Long Selaan.

“Orang awam atau pihak yang mahu memberikan bantuan sama ada berbentuk wang, makanan atau peralatan memasak boleh menghubung­i Pusat Khidmat Masyarakat Mulu,” katanya.

Hadir sama ialah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dato Robert Laing Anyie dan isteri Datin Catherine Awing.

 ??  ?? SIMBOLIK: Gerawat Gala bersama wakil syarikat berkaitan minyak dan gas yang menyumbang bantuan tong gas dan dapur memasak kepada mangsa kebakaran di Long Selaan.
SIMBOLIK: Gerawat Gala bersama wakil syarikat berkaitan minyak dan gas yang menyumbang bantuan tong gas dan dapur memasak kepada mangsa kebakaran di Long Selaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia