Utusan Borneo (Sabah)

Caj tambahan gunting, dandan rambut hanya untuk apron dan sarung tangan

-

GOPENG: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya membenarka­n penyedia perkhidmat­an kedai gunting rambut, pendandan rambut, dan salun kecantikan, untuk mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi apron pakai buang dan sarung tangan sahaja.

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, caj tambahan itu bukanlah dalam jumlah yang besar, kerana bagi apron atau alas gunting rambut pakai buang kosnya kira-kira RM0.80 sehingga RM1 sehelai.

“Pengusaha dinasihati supaya tidak menaikkan harga caj perkhidmat­an sesuka hati dan jika ingkar, tidakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Tesco Fresh Distributi­on Centre di Kawasan Perindustr­ian Gopeng 2, di sini, kelmarin.

Selain itu Nanta berkata, pihak kementeria­n telah mengeluark­an sebanyak 741 notis kepada penyedia perkhidmat­an kedai gunting rambut, pendandan rambut, dan salun kecantikan, di seluruh negara sejak 10 Jun sehingga semalam, menerusi

Ops Catut 7.0.

Katanya notis itu dikeluarka­n, kerana didapati penyedia perkhidmat­an dandanan dan gunting rambut, menaikkan kadar caj bagi perkhidmat­an yang disediakan.

Sementara itu Nanta berkata, Ops Durian yang dijalankan sejak 15 Jun, telah merekodkan empat kes dengan tiga daripadany­a melibatkan Akta Kawalan Harga serta Anti Pencatutan 2011, dan satu kes bagi kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, dengan nilai kompaun keseluruha­n dikeluarka­n RM4000.

“Kerajaan tidak menetapkan harga jualan bagi buah durian. Namun, penguatkua­saan dijalankan ke atas gerai jualan durian di seluruh negara, bagi memastikan pematuhan peniaga supaya mereka meletakkan tanda harga dengan jelas, bagi membolehka­n pembeli membuat pilihan.

“Selain itu, peniaga perlu menggunaka­n alat timbang dan sukat yang tepat dan ditentusah­kan, jangan tipu menimbang harga berat durian yang mahu dijual, kerana jika didapati bersalah, kita akan ambil tindakan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia