Utusan Borneo (Sabah)

KKMM teliti undang-undang industri seni

Sebagai usaha untuk memastikan karya penggiat seni dapat dipertahan­kan: Saifuddin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti undangunda­ng yang berkaitan industri seni dan kreatif termasuk Akta Hak Cipta 1987 sebagai usaha untuk memastikan karya penggiat seni dapat dipertahan­kan dan hak mereka terbela.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perbincang­an mengenai undangunda­ng berkaitan industri kreatif termasuk soal royalti, akta hak cipta, cukai hiburan, diadakan pada minggu lepas dengan pihaknya melihat gambaran keseluruha­nnya.

“Peraturan ini sebenarnya harus ada tetapi peraturan tidak harus menyusahka­n dan ada masanya bukan peraturan menyusahka­n, birokrasi yang menyusahka­n jadi kita kena tengok satu persatu dengan teliti dan kita telah mula bincang,” katanya selepas melawat pelakon veteran Fauziah Nawi di kediamanny­a di Taman Melati, Setapak, sempena program Ziarah Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Saifuddin selepas itu turut menziarah pelakon dan penyanyi veteran Mimi Loma atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 74, di PPR Seri Semarak.

Dalam pada itu Saifuddin berkata prosedur operasi standard (SOP) pembukaan pawagam akan diumumkan pada Isnin ini oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“FINAS telah mengorak langkah untuk berbincang dengan dua pihak iaitu stesen televisyen dan pihak pawagam… perbincang­an bukan sekadar buka pawagam, malah bagaimana kita nak bantu filem boleh ditayangka­n di pawagam dan drama terus dimainkan di televisyen,” katanya.

Saifuddin juga berkata pihaknya sedang mengkaji kedudukan beberapa badan kebajikan seni dan budaya yang sepatutnya menjalanka­n tugas menjaga kebajikan penggiat seni.

“Saya sedang menunggu

“Peraturan ini sebenarnya harus ada tetapi peraturan tidak harus menyusahka­n dan ada masanya bukan peraturan menyusahka­n, birokrasi yang menyusahka­n jadi kita kena tengok satu persatu dengan teliti dan kita telah mula ” bincang. Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Komunikasi dan Multimedia

laporan dua atau tiga badan kebajikan ini sebab sepatutnya yayasan yang diamanahka­n untuk jaga kebajikan artis ini harus memainkan peranan yang lebih,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZIARAH: Saifuddin menziarah pelakon dan penyanyi era 60-an veteran Mimi Loma atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 74, di PPR Seri Semarak semalam sempena program Ziarah Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
— Gambar Bernama ZIARAH: Saifuddin menziarah pelakon dan penyanyi era 60-an veteran Mimi Loma atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 74, di PPR Seri Semarak semalam sempena program Ziarah Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia